SEORANG lelaki dipukul sehingga maut di Jharkhand, India setelah disyaki mencuri bateri dan roda motosikal.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di kampung Sirka di Jharkhand dan lelaki tersebut didakwa diikat di tiang elektrik dan dipukul sehingga meniggal dunia.
Penduduk tempatan mengatakan bahawa lelaki yang dikenali dengan nama Mubarak Khan itu dan berasal dari Mahespur, mencuri roda dan bateri motosikal. Pada hari ia berlaku, Khan dilaporkan pergi ke Sirka.
Menurut penduduk tempatan, Khan ditangkap serta tangannya diikat sebelum diletakkan di tiang elektrik dan dipukul.
Menurut Hindustan Times, ketika polis tiba di tempat kejadian, Khan sudah tidak bernyawa. Mayatnya dibawa ke balai polis. Penguasa polis (luar bandar) Ranchi Naushad Alam mengatakan mayatnya dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan siasatan sedang dijalankan.
Abangnya, Tabarak Khan membuat aduan terhadap 19 orang yang dinamakan dan 15 hingga 25 orang yang tidak dikenali. Beberapa orang telah ditahan.
"Adakah seseorang akan datang dengan basikal untuk mencuri roda dan bateri basikal lain di kampung jiran? Mengapa dia mengambil risiko ditangkap dengan membuka roda dan bateri di rumah seseorang?
"Sekiranya dia pencuri, dia lebih suka mencuri basikalnya kerana tidak terkunci," kata Alam.
Astro Awani
Tue Mar 16 2021

Khan ditangkap serta tangannya diikat sebelum diletakkan di tiang elektrik dan dipukul. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Monyet tersepit pada roda motosikal
Ia hanya tersepit pada roda hadapan motosikal itu mengakibatkan beberapa orang membantu untuk menyelamatkan haiwan yang tersepit itu.

Lelaki dituduh curi bateri, roda motosikal dipukul sehingga mati
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di kampung Sirka di Jharkhand dan lelaki tersebut didakwa diikat di tiang elektrik dan dipukul sehingga meniggal dunia.

Red Bull kemuka protes rasmi terhadap jentera F1 Mercedes
Ia mendakwa bahawa sistem pemanduan dwi paksi (DAS) yang digunakan mercedes melanggar peraturan.