Pegawai itu dibunuh oleh seekor gajah peliharaan jabatan hutan semasa ujian keselamatan untuk mengelakkan kematian gajah di landasan kereta api.
Menurut polis, ketika kereta api menghampiri tempat kejadian, seekor daripada gajah itu bertindak agresif, mencengkam pegawai itu dengan belalainya dan melemparkannya ke tanah sebelum memijaknya.
Polis berkata mangsa, seorang kolonel tentera yang bersara, mengambil bahagian dalam percubaan untuk mendapatkan kontrak memasang sistem pengesan pencerobohan bagi mengesan pergerakan haiwan berhampiran landasan kereta api.
Bulan lepas, lima orang terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila sekumpulan gajah liar menyerang mereka di dalam kawasan hutan di negeri Andhra Pradesh, selatan India.
Setiap tahun, ramai yang terbunuh atau cedera dalam konflik manusia-haiwan yang semakin meningkat di seluruh India.
-- BERNAMA
