LETUSAN gunung berapi dasar laut yang berlaku di Tonga baru-baru ini dilaporkan lebih kuat berbanding letupan bom atom di Hiroshima.
Lapor Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA), menyebut ia beratus-ratus kali ganda lebih dahsyat daripada letupan bom sewaktu Perang Dunia Kedua itu.
Letusan yang berlaku di Tonga pada 15 Januari lalu itu telah melenyapkan sebuah pulau gunung berapi di utara ibu negara Tonga, iaitu Nuku’alofa.
Dilaporkan, lebih empat perlima populasi negara itu telah terjejas akibat tsunami dan abu akibat letusan gunung berapi itu.
Tragedi tersebut sehingga kini telah mengorbankan seramai tiga orang.
BACA: Tonga alami 'kerosakan besar' akibat letusan gunung berapi - Jacinda Ardern
Sebelum berlakunya letusan, pulau gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai adalah dua pulau berasingan yang bergabung dengan daratan baharu yang terhasil pada 2015.
NASA berkata, letusan itu sangat kuat sehinggakan daratan baharu yang terbentuk itu telah hilang, bersama-sama dengan "ketulan besar" dua pulau lama.
Sejurus selepas letusan dan tsunami, terdapat kebimbangan bahawa sumber air telah dicemari oleh debu, yang boleh mengakibatkan risiko penyakit seperti kolera dan cirit-birit.
Pihak berkuasa menyatakan bahawa ujian pemeriksaan telah dilakukan dalam beberapa hari kebelakangan ini dan memaklumkan air hujan sebagai selamat untuk diminum.
Ketika ini, debu toksik setebal 100,000 lapisan yang terhasil menyelubungi keseluruhan kawasan sehingga meracuni air minuman, memusnahkan tanaman dan melenyapkan sekurang-kurangnya dua kampung.
Ia juga memberi risiko kesihatan awam yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas, menjejaskan sistem kardiovaskular dan penyakit paru-paru, mata dan kulit.
Setakat ini, kemusnahan yang berlaku di Tonga belum dapat dinilai secara keseluruhan kerana semua bentuk komunikasi di negara kepulauan berkenaan dilaporkan musnah.
Agensi
Mon Jan 24 2022

Letusan yang berlaku di Tonga pada 15 Januari lalu telah melenyapkan sebuah pulau gunung berapi di utara ibu negara Tonga, iaitu Nukualofa. - REUTERS
Untung bersih Petronas Gas naik kepada RM1.84 bilion
Petronas Gas Bhd (PGB) merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM1.84 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 berbanding RM1.82 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Harga makanan terkawal, inflasi kekal pada 1.7 peratus
Kadar inflasi Malaysia kekal pada tahap 1.7 peratus pada Januari 2025, dengan inflasi kumpulan makanan dan minuman merupakan sebahagian Indeks Harga Pengguna (IHP) catat kenaikan lebih perlahan bulan lalu.
Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan bermula 24 Feb – PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mula prosiding tertutup berhubung peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam pada 24 Februari ini.
KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual - KP Pendidikan
Isu seperti buli, tekanan kerja dan gangguan seksual akan ditangani secara tegas di semua peringkat bagi mewujudkan kesejahteraan dan ekosistem yang baik di dalam institusi pendidikan termasuk di sekolah.
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.
Kes tercekik 'gummy': Hujan renyai iringi pengebumian Mohamd Fahmi
Jenazah murid tahun empat, Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohamda Fakhruddin yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang pada petang Jumaat.
Man Tiger mengaku tidak salah cuba bunuh pasangan suami isteri
Seorang pekerja katering yang dikenali sebagai Man Tiger mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kluang atas dua pertuduhan melepaskan tembakan terhadap sepasang suami isteri.
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak selesai beri keterangan
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak pada Jummaat selesai memberi keterangan di Mahkamah Sesyen dalam perbicaraan kes ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin yang didakwa mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
AWANI Ringkas: Kes cabul di masjid: Remaja ditahan bantu siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Perlis, Melaka dan Labuan hingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.

4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.

Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan
Sebuah tangki simpanan minyak di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, meletup pada Isnin, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.

Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.

Letupan besar di Gaza selepas 30 minit gencatan senjata sepatutnya dilaksana
Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.

Letupan gas di Yaman: Jumlah korban meningkat kepada 15, cedera 67
Seramai 40 orang lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.