BERLIN: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memulakan pendengaran pada Isnin mengenai kes dibawa Nicaragua yang mendakwa Berlin memudah cara genosid di Gaza dengan menyediakan sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel.
Dalam ucapan pembukaannya, Duta Nicaragua, Carlos Jose Arguello Gomez berkata, negaranya meminta mahkamah mengarahkan Jerman supaya menghentikan sokongan kepada serangan Israel di Gaza.
"Kes di hadapan kita melibatkan peristiwa yang menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan ratusan ribu manusia dan malah kemusnahan keseluruhan warga wilayah berkenaan," lapor Agensi Anadolu yang memetik ucapan beliau.
"Pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan norma mesti dipatuhi dalam undang-undang antarabangsa termasuk genosid sedang berlaku di Palestin," katanya.
Duta itu menekankan bahawa dengan menyediakan sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel, Jerman melanggar Konvensyen Genosid 1948 dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Nicaragua meminta mahkamah mengarahkan Jerman untuk menghentikan sokongan kepada Israel dalam kempennya menghapuskan rakyat Palestin," katanya.
Kerajaan Jerman kekal sebagai satu penyokong kuat serangan tentera Israel di Gaza, biarpun menerima tekanan yang semakin meningkat daripada orang ramai. Canselor Olaf Scholz berulang kali berkata Jerman memikul tanggungjawab khas kepada Israel kerana sejarah Nazi Jerman.
Berlin meluluskan eksport senjata bernilai EUR326.5 juta (AS$354 juta) ke Israel pada 2023, majoritinya diluluskan setelah Israel melancarkan serangan tentera ke atas Gaza pada 7 Okt lepas - peningkatan 10 kali ganda daripada 2022. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024

Mahkamah Keadilan Antarabangsa memulakan pendengaran pada Isnin mengenai kes dibawa Nicaragua yang mendakwa Berlin memudah cara genosid di Gaza dengan menyediakan sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel. - Gambar fail REUTERS

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.

Israel tidak layak jadi anggota komuniti antarabangsa - Kementerian Luar Palestin
Negara Palestin akan terus bekerjasama dengan Francesca Albanese termasuk dalam konteks pembentangan laporan beliau yang akan datang kepada Perhimpunan Agung PBB.

Lebih banyak negara dijangka mempertikai status ‘negara’ Israel di PBB - Pakar
Lebih banyak negara dijangka mempertikaikan keabsahan Israel sebagai sebuah negara dan anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Isu Batu Puteh: Kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara - PM Anwar
Perdana Menteri menyifatkan kehilangan Batu Puteh adalah kerana kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara.

Singapura kaji pendapat nasihat ICJ mengenai penempatan Israel
Singapura sedang mengkaji "dengan teliti" pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin adalah tidak sah.

Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.

Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.

Pendudukan Israel di Palestin: ICJ akan keluarkan Pendapat Nasihat 19 Julai ini
Satu pendengaran awam akan diadakan pada 3 petang di Peace Palace di The Hague di mana Hakim Nawaf Salam, Presiden Mahkamah akan membacakan Pendapat Nasihat itu.