YEKATERINBURG: Mahkamah Wilayah Sverdlovsk menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap wartawan Wall Street Journal Evan Gershkovich atas tuduhan pengintipan, lapor koresponden Sputnik daripada bilik mahkamah pada Jumaat.
"Evan Gershkovich didapati bersalah, dijatuhi hukuman penjara selama 16 tahun di koloni keselamatan tinggi," kata hakim semasa mengumumkan keputusan mahkamah.
Pejabat pendakwa akan memutuskan keabsahan hukuman dalam kes pengintipan itu selepas menelitinya, kata Ketua Jabatan Kehakiman Jenayah Pejabat Pendakwa Wilayah Sverdlovsk, Mikael Azdoev, kepada pemberita.
"Keputusan mengenai keabsahan hukuman itu akan dibuat selepas ia diterima dan dikaji," kata Azdoev.
Beliau berkata mahkamah telah dengan yakin menubuhkan dan mendokumentasikan bahawa Gershkovich, atas arahan Agensi Perisikan Pusat (CIA), mengumpul maklumat rahsia di Wilayah Sverdlovsk pada Mac 2023 mengenai aktiviti Uralvagonzavod dalam pengeluaran dan pembaikan peralatan ketenteraan.
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berkata pada sidang akhbar selepas lawatannya ke Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada kepresidenan Rusia di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Moscow mempunyai bukti penglibatan wartawan Gershkovich dalam aktiviti pengintipan, dan perkhidmatan perisikan Rusia dan Amerika Syarikat (AS) sedang berhubung mengenai kemungkinan pertukaran.
Sementara itu, Presiden AS Joe Biden berkata pada Jumaat bahawa Amerika Syarikat akan terus "berusaha keras" untuk memastikan pembebasan Gershkovich.
"Hari ini, Evan Gershkovich menerima hukuman 16 tahun di penjara Rusia, walaupun tidak melakukan sebarang jenayah.
"Sebaliknya, beliau disasarkan oleh Kerajaan Rusia kerana beliau seorang wartawan dan seorang rakyat Amerika. Kami berusaha keras untuk pembebasan Evan dan akan terus melakukannya," kata Biden dalam satu kenyataan.
--BERNAMA-SPUTNIK
TAG: gershkovich, hukuman penjara, , biden
Bernama
Fri Jul 19 2024

Gershkovich berdiri di sebalik dinding kaca sambil mendengar keputusan dibacakan di Istana Keadilan, di Yekaterinburg, Rusia, 19 Julai 2024. (Foto AP)

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Rakyat AS ditahan di Rusia dibebas - Biden
Biden sifatkan ia sebahagian daripada pertukaran tahanan timur-barat terbesar sejak berakhirnya Perang Dingin.

Mahkamah Rusia jatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap wartawan WSJ Gershkovich
Evan Gershkovich didapati bersalah, dijatuhi hukuman penjara selama 16 tahun di koloni keselamatan tinggi, kata hakim.

Perbicaraan wartawan AS Evan Gershkovich di Rusia masuk fasa akhir
Pendakwaan berpendapat bahawa tuduhan yang dibuat semasa prosiding tertutup pada 26 Jun, telah terbukti tanpa keraguan.

Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip bermula 26 Jun
Pendengaran kes jenayah terhadap rakyat Amerika Syarikat (AS) Evan Gershkovich akan diadakan secara tertutup.

Moscow lanjutkan tempoh penahanan pemberita WSJ Gershkovich selama 3 bulan
Mahkamah daerah Lefortovo Moscow memutuskan untuk melanjutkan tahanan pra-perbicaraan selama tiga bulan lagi terhadap seorang wartawan Wall Street Journal Evan Gershkovich.

Wartawan Wall Street Journal Evan Gershkovich ditahan 'secara salah' di Rusia
Gershkovich yang bekerja untuk Wall Street Journal, ditahan kerana didakwa mengintip.