Mahkamah Agung Colorado mendapati gajah yang diberi nama Missy, Kimba, Lucky, LouLou dan Jambo sebagai haiwan dan bukan manusia, tidak berhak kepada "habeas corpus", satu konsep undang-undang yang membolehkan manusia menuntut penahanan yang tidak sah di mahkamah dan meminta pembebasan.
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu," menurut keputusan mahkamah berkenaan.
Projek Bukan Hak Asasi Manusia (NRP), yang membawa kes itu dalam satu kenyataan menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai "mengekalkan ketidakadilan yang jelas".
NRP berhujah, gajah-gajah yang dilahirkan secara liar di Afrika berhak kepada kebebasan kerana haiwan itu adalah makhluk yang autonomi, sangat cerdas secara kognitif dan sosial.
NRP mahu kesemua mamalia itu dibebaskan ke sebuah tempat perlindungan gajah yang diiktiraf di AS.
"Seperti gerakan keadilan sosial yang lain, kekalahan sudah dijangka dari awal apabila kami mencabar status quo yang membenarkan Missy, Kimba, Lucky, LouLou dan Jambo dikeluarkan daripada kehidupan yang penuh dengan penderitaan mental dan fizikal," kata NRP.
Zoo turut menolak sebarang ulasan yang gajah-gajah itu "mendapat penjagaan yang kurang baik," menurut keputusan mahkamah itu lagi.
-- BERNAMA