LONDON: Sehari selepas mohon maaf kerana melanggar sekatan pergerakan berikutan sebuah akhbar menyiarkan gambarnya memeluk mesra serta mencium seorang wanita, Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock memutuskan untuk letak jawatan.
Surat peletakan jawatan itu dihantar kepada Perdana Menteri, Boris Johnson.
Dalam surat berkenaan, Hancock berkata, beliau ambil tanggungjawab dengan apa yang berlaku.
Di laman Twitter pula, katanya, semasa pandemik, rakyat meletakkan harapan tinggi kepadanya dan beliau berhutang kepada mereka dalam situasi berkenaan.
Johnson pula berkata, beliau menerima peletakan jawatan Hancock dengan rasa sedih.
Dalam pada itu, Downing Street memaklumkan, bekas Canselor, Sajid Javid akan menggantikan Hancock untuk jawatan berkenaan.
Sebelum ini, akhbar tabloid memaparkan gambar menunjukkan Hancock yang sudah berkahwin dan seorang pembantu kanan berpelukan dan bercium di sebuah pejabat di Jabatan Kesihatan.
Gambar itu didakwa diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) pada 6 hingga 11 Mei sebelum peraturan sekatan pergerakan dilonggarkan untuk membolehkan pelukan dan hubungan fizikal lain di luar rumah sendiri.
Hancock segera memohon maaf selepas gambar itu tular dan mengakui melanggar sekatan pergerakan.
Serentak itu, pihak pembangkang mahu Hancock dipecat kerana secara terang-terangan melanggar perintah sekatan.
Selama berminggu-minggu Hancock menerima tekanan sejak bekas pembantu Perdana Menteri, Dominic Cummings menuduhnya menyebabkan kegagalan kerajaan dalam mengawal wabak COVID-19 di UK.
Astro Awani
Sat Jun 26 2021

Hancock segera memohon maaf selepas gambar itu tular dan mengakui melanggar sekatan pergerakan. - Foto Twitter/Matt Hancock

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Letak jawatan: Sajid Javid ganti Matt Hancock
Johnson berkata, Hancock sepatutnya meninggalkan pejabat dalam keadaan berbangga dengan pencapaiannya selama ini, bukan hanya dalam menangani wabak, malah sebelum COVID-19 menyerang.

Menteri Kesihatan UK letak jawatan langgar SOP COVID-19
Sehari selepas mohon maaf kerana melanggar sekatan pergerakan Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock memutuskan untuk letak jawatan.

Langgar SOP: Menteri Kesihatan Britain minta maaf
Matt Hancock merupakan pegawai kanan kerajaan terbaharu dituduh melanggar sekatan dikenakan terhadap rakyat Britain, dalam usaha membendung penyebaran virus COVID-19.

COVID-19: UK catat data memberangsangkan untuk mansuh sekatan pergerakan
Ini memberi harapan bahawa sekatan pergerakan akan dapat dimansuhkan sepenuhnya pada 19 Julai seperti dirancang.

COVID-19: UK rancang mansuh kuarantin bagi penerima dua dos vaksin
UK sedang menguji pendekatan baharu itu bagi mereka yang telah lengkap divaksin.

COVID-19: UK lulus penggunaan vaksin Pfizer terhadap kanak-kanak
Agensi Kawal Selia Ubat-ubatan dan Kesihatan Britain meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-Biontech kepada kanak-kanak berusia 12 sehingga 15 tahun.

COVID-19: UK catat sifar kes kematian harian
Menurut Setiausaha Kesihatan Matt Hancock, ini adalah perkembangan yang memberangsangkan dan penggunaan vaksin nyata berkesan untuk melindungi penerima.

COVID-19: Individu berusia 32 tahun ke atas digesa dapatkan suntikan vaksin
Matt Hancock menggesa rakyat England yang berusia 32 tahun ke atas untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19.

COVID-19: UK janji lakukan lebih banyak penyelidikan kesan jangka panjang virus
United Kingdom menjanjikan lebih banyak penyelidikan dan pembiayaan bagi mengkaji kesan jangka panjang selepas dijangkiti COVID-19.

COVID-19: Program vaksinasi di UK cecah 50 peratus sasaran
Lebih ramai orang menerima suntikan pada Jumaat berbanding hari-hari lain di negara itu sejak bermulanya program vaksinasi pada awal Disember lalu.