JAKARTA:Operasi mencari perakam suara kokpit (CVR) pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas di Kepulauan Seribu, Sabtu lalu terpaksa dihentikan buat sementara pada Rabu gara-gara cuaca buruk.
Menurut pihak berkuasa Indonesia, misi pencarian CVR yang dijalankan oleh pasukan penyelam di Laut Jawa dihentikan susulan cuaca buruk yang menyebabkan ombak setinggi 2.5 meter, lapor Reuters.
Setakat ini, pasukan penyelam telah berjaya menemui kotak hitam pertama pesawat berkenaan, selain perakam data penerbangan (FDR), lampu isyarat yang bersambung dengan CVR, serta kad pengenalan seorang mangsa nahas, menurut pegawai tentera laut, Abdul Rasyid.
Pencarian kedua-dua CVR itu adalah mustahak bagi mengetahui punca pesawat jenis Boeing 737 berusia lebih 20 tahun itu terhempas.
Pesawat Sriwijaya Air yang membawa 62 penumpang dan kru terhempas empat minit selepas berlepas dan dilaporkan terputus hubungan, menyebabkan kesemua mangsa terkorban.
Agensi
Wed Jan 13 2021

Pencarian kedua-dua CVR itu adalah mustahak bagi mengetahui punca pesawat jenis Boeing 737 berusia lebih 20 tahun itu terhempas. - Reuters

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

Alat perakam suara kokpit pesawat Sriwijaya Air ditemukan
Jurucakap Tentera Laut berkata kotak hitam CVR itu ditemukan pada Rabu, namun tidak mengulas lanjut sama ada ia masih berada dalam keadaan baik.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Februari 2021.

Keluarga nahas pesawat Sriwijaya Air diberi taklimat sebelum laporan awal diumum
Bulan lepas, pesawat Boeing Co 737-500 berusia 26 tahun itu terhempas ke dalam Laut Jawa, menjadikan insiden itu kemalangan kapal terbang ketiga terburuk di Indonesia.

Hasil siasatan awal nahas Sriwijaya Air diumum Februari ini
Laporan awal hasil siasatan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas 9 Jan lepas, dijangka diumumkan Febuari ini.

Sriwijaya Air: Pasukan dari AS sertai misi siasatan pesawat
Pasukan itu terdiri daripada anggota Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS, General Electric dan Boeing.

Nahas Sriwijaya Air: Misi pencarian kotak hitam disambung
Selepas seharian usaha mencari kotak hitam kedua pesawat Sriwijaya Air terhenti akibat cuaca buruk, misi oleh para penyelam diteruskan pada Khamis.

Nahas Sriwijaya Air: Gara-gara laut bergelora, operasi pencarian CVR pesawat dihenti
Misi pencarian CVR yang dijalankan oleh pasukan penyelam di Laut Jawa dihentikan susulan cuaca buruk yang menyebabkan ombak setinggi 2.5 meter.

Indonesia yakin temui kotak hitam kedua pesawat Sriwijaya Air
Pasukan penyelam Indonesia percaya mereka hampir menemui rakaman suara kokpit pesawat Sriwijaya Air yang terhempas ke laut baru-baru ini.

Pencarian 'kotak hitam' kedua pesawat Sriwijaya Air diteruskan
Kotak hitam pertama ditemui pasukan penyelamat di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang pada Selasa.

Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air ditemui selepas tiga hari
Kotak hitam itu ditemui antara sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, Jakarta.