JAKARTA:Badan Pencarian dan Penyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) berharap dapat mengenal pasti lokasi pesawat Sriwijaya Air SJ-182 mungkin terhempas, malam ini.
Dalam satu sidang media sebentar tadi, BASARNAS berkata itu merupakan fokus mereka malam ini, sebelum proses mencari dan menyelamat dilakukan esok.
"Kami menerima laporan tentang kehilangan pesawat pada jam 2.30 dan terus gerakkan anggota kami, termasuk sea rider menuju ke lokasi pesawat didakwa jatuh.
"Buat masa ini kami fokus mencari titik lokasi pesawat jatuh. Apabila sudah dapat kepastian, pagi esok pencarian dan pendalaman," kata Bambang Suryohadi, Penolong Operasi dan Kesiapsiagaan BASARNAS.
Difahamkan, beberapa serpihan ditemui di lokasi pesawat dipercayai terhempas, iaitu di antara Pulau Laki dan Pulau Lancang, Kepulauan Seribu.
Namun pihak berkuasa belum dapat memastikan sama ada serpihan-serpihan itu milik pesawat berkenaan.
Sementara itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan pencarian pesawat itu dimaksimumkan.
"Presiden memberi arahan untuk memaksimumkan usaha pencarian dan tentu saja aset-aset BASARNAS telah dikerahkan," kata Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi.
Pesawat Sriwijaya Air terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak pada Sabtu telah terhempas di antara Pulau Lancang dan Pulau Laki, Kepulauan Seribu.
Madiha Abdullah
Sat Jan 09 2021
Beberapa serpihan ditemui namun belum dapat dipastikan sama ada serpihan-serpihan itu milik pesawat berkenaan. - INSTAGRAM @HUMASJAKFIRE/via REUTERS
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Alat perakam suara kokpit pesawat Sriwijaya Air ditemukan
Jurucakap Tentera Laut berkata kotak hitam CVR itu ditemukan pada Rabu, namun tidak mengulas lanjut sama ada ia masih berada dalam keadaan baik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Februari 2021.
Keluarga nahas pesawat Sriwijaya Air diberi taklimat sebelum laporan awal diumum
Bulan lepas, pesawat Boeing Co 737-500 berusia 26 tahun itu terhempas ke dalam Laut Jawa, menjadikan insiden itu kemalangan kapal terbang ketiga terburuk di Indonesia.
Hasil siasatan awal nahas Sriwijaya Air diumum Februari ini
Laporan awal hasil siasatan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas 9 Jan lepas, dijangka diumumkan Febuari ini.
Sriwijaya Air: Pasukan dari AS sertai misi siasatan pesawat
Pasukan itu terdiri daripada anggota Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS, General Electric dan Boeing.
Nahas Sriwijaya Air: Misi pencarian kotak hitam disambung
Selepas seharian usaha mencari kotak hitam kedua pesawat Sriwijaya Air terhenti akibat cuaca buruk, misi oleh para penyelam diteruskan pada Khamis.
Nahas Sriwijaya Air: Gara-gara laut bergelora, operasi pencarian CVR pesawat dihenti
Misi pencarian CVR yang dijalankan oleh pasukan penyelam di Laut Jawa dihentikan susulan cuaca buruk yang menyebabkan ombak setinggi 2.5 meter.
Indonesia yakin temui kotak hitam kedua pesawat Sriwijaya Air
Pasukan penyelam Indonesia percaya mereka hampir menemui rakaman suara kokpit pesawat Sriwijaya Air yang terhempas ke laut baru-baru ini.
Pencarian 'kotak hitam' kedua pesawat Sriwijaya Air diteruskan
Kotak hitam pertama ditemui pasukan penyelamat di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang pada Selasa.
Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air ditemui selepas tiga hari
Kotak hitam itu ditemui antara sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, Jakarta.