BANTEN:Pasukan Palang Merah Indonesia telah menyediakan beberapa bot di Pantai Tanjung Kait, Kabupaten Tangerang, Banten bagi menunggu pasukan mencari dan menyelamat nahas pesawat Sriwijaya Air yang dipercayai terhempas pada Sabtu, lapor portal berita suarabanten.id.
Lima buah ambulans turut disediakan serta 100 beg mayat di lokasi sama bagi membawa mangsa yang ditemui ke hospital.
Pesawat Sriwijaya Air SJ 182 terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak sekitar jam 2.47 petang waktu tempatan pada Sabtu.
"Lebih 50 anggota PMI telah dikerah bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat. Selain itu sebanyak 100 beg mayat disediakan," kata Ketua Bahagian Pengurusan Bencana PMI Pusat, Ridwan S Charmab dalam satu kenyataan di Jakarta pada Sabtu.
Pesawat tersebut dilaporkan membawa 62 penumpang termasuk 10 kanak-kanak serta seorang bayi.
Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dilakukan disekitar Pulau Lancang.
Agensi
Sat Jan 09 2021

Serpihan dipercayai dari pesawat Sriwijaya Air diletakkan dalam beg mayat oleh anggota pasukan forensik polis di Pelabuhan Tanjung Priok. - Foto AP/Dita Alangkara

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Pencarian 'kotak hitam' kedua pesawat Sriwijaya Air diteruskan
Kotak hitam pertama ditemui pasukan penyelamat di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang pada Selasa.

Nahas Sriwijaya: Serpihan pesawat ditemui di Laut Jawa
Serpihan tersebut ditemui pada kedalaman 23 meter di Laut Jawa.

Nahas Sriwijaya: Palang Merah sediakan 100 beg mayat, bot
Lima buah ambulans turut disediakan serta 100 beg mayat di lokasi sama bagi membawa mangsa yang ditemui ke hospital.