BALI: Sehingga ke hari ini, tiada kesimpulan mudah dapat diputuskan berkenaan punca insiden kapal selam Tentera Nasional Indonesia (TNI), Nanggala-402 yang tenggelam di perairan utara Bali.
Panglima Komando Armada TNI Iwan Isnurwanto menyifatkan, penyebab tenggelamnya kapal selam yang turut mengorbankan sejumlah 53 anak kapal itu sejauh ini masih menjadi misteri.
Bagaimanapun, Iwan mengetepikan teori bahawa kapal buatan Jerman itu meletup sebelum ia terputus hubungan.
"Kalau meletup, kapal-kapal kami yang mempunyai kemampuan sonar dapat mengesan bunyi dalam air,” jelas Iwan dalam sidang media yang disiar langsung di YouTube Angkatan Laut TNI pada Selasa lalu.
Jelasnya lagi, berdasarkan pengalaman latihan penembakan torpedo sebelumnya, daerah di luar kawasan penembakan sudah dikawal oleh kapal-kapal yang mempunyai kemampuan untuk mengesan bunyi di dalam laut.
“Namun, ketika latihan Nanggala-402 berlangsung, tidak ada bunyi letupan yang dikesan,” katanya yang sedang menilai faktor-faktor lain.
Satu pasukan siasatan juga masih di lapangan untuk mengumpulkan seberapa banyak bukti sebelum sebarang kata putus terakhir diumumkan.
Siasatan yang dijalankan setakat ini masih tertumpu kepada sebarang petunjuk berdasarkan fizikal kapal yang terpecah kepada tiga bahagian, serta aspek perubahan pada bentuknya.
Tiga bahagian itu – haluan, anjungan dan buritan - kini berada di kedalaman 838 meter di dasar laut, berdasarkan maklumat dari kapal pengesan China.
Iwan dalam sidang media itu turut mengatakan, bahagian-bahagian kapal selam tersebut dipercayai terkumpul di sebuah kawah dengan diameter 38 meter dengan kedalaman kurang lebih 10 hingga 15 meter.
"Lokasi badan kapal secara pasti belum dapat digambarkan, kami hanya mengaggarkan saja saat ini. Mungkin kedudukannya ada di kawah tersebut," katanya.
Agensi
Thu May 20 2021

Tiga bahagian kapal selam Nanggala-402 kini berada di kedalaman 838 meter di dasar laut, berdasarkan maklumat dari kapal pengesan China. - AP
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Tenggelamnya Nanggala 402: Agong, Permaisuri zahir dukacita, ucap takziah
Pemergian perajurit-perajurit kapal selam tersebut di bulan Ramadan yang mulia ini merupakan satu kehilangan yang besar buat Indonesia.