Negara Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), BRICS dan negara sahabat yang lain mungkin menjadi penerima asing pertama vaksin COVID-19 Rusia, Sputnik V, kata Profesor Ruslan Abramov dari Universiti Ekonomi Plekhanov Rusia.
Minggu lalu, Rusia mendaftarkan vaksin COVID-19 pertama di dunia, yang dibangunkan Institut Gamaleya di Moscow disokong Kementerian Pertahanan dan Dana Pelaburan Langsung (RDIF).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RDIF Kirill Dmitriev, negara itu telah menerima permintaan awal untuk 1 bilion dos vaksin daripada lebih 20 negara.
"Keutamaan mungkin diberikan kepada negara antaranya CIS, China, India, Brazil, Serbia dan negara Eropah timur yang lain," kata Abramov kepada Sputnik.
Pada masa sama, katanya, terlalu awal untuk bercakap mengenai Sputnik V sebagai projek komersial dan Rusia terlebih dahulu akan memenuhi keperluannya sendiri.
"Ada beberapa alasan untuk itu. Pertama, kita harus benar-benar memastikan vaksin itu selamat dan berkesan dalam jangka panjang. Kemudiannya, ia harus memenuhi permintaan di pasaran domestik. Dan hanya selepas itu kita boleh membincangkan mengenai aspek komersial," jelasnya.
Menurut Abramov dunia kini menyaksikan fasa baharu "perlumbaan vaksin" dan Rusia terus berada di hadapan.
"Tetapi hanya masa akan menentukan sama ada kepemimpinan ini akan berterusan dan diperkukuh. Jangan lupa banyak negara di dunia mempunyai pusat virologi yang menghasilkan vaksin dan mempunyai rekod baik," kata Abramov.
Meskipun negara Barat kelihatan kurang yakin dengan vaksin Sputnik V, yang belum lulus ujian klinikal tahap tiga, pakar itu percaya bahawa ia selamat dan berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020
![Negara CIS, BRICS mungkin penerima awal vaksin Sputnik V Negara CIS, BRICS mungkin penerima awal vaksin Sputnik V](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51597357308_BPVACCINESPUTNIKV.jpg)
Meskipun negara Barat kelihatan kurang yakin dengan vaksin Sputnik V (gambar) yang belum lulus ujian klinikal tahap tiga, pakar percaya ia selamat dan berkesan. - Gambar fail REUTERS
![Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737420878_tbPresidentDonaldT.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC
Tindakan tersebut diambil susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh dari 10 hingga 12 Februari ini.
![Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881205_TBpati.jpg)
Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.
55 rumah diroboh dalam operasi koloni setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi perobohan koloni setinggan di Kota Kinabalu pada khamis bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
Penyeludupan tanaman hiasan bernilai rm1.25 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dari thailand apabila merampas sebuah lori yang membawa pelbagai jenis anak pokok bunga bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang pada Khamis.
Presiden Iran sahkan tidak bangunkan senjata nuklear
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan Iran tidak mengejar senjata nuklear dan proses pengesahan adalah mudah. Kenyataannya dibuat selepas Donald Trump nyatakan hasrat perjanjian damai nuklear.
![Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881141_TBDeepseek.jpg)
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.
Marcelo umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo, pada Khamis mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
Menerusi akaun media sosialnya, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata masih banyak untuk disumbangkan kepada bola sepak.
Menerusi akaun media sosialnya, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata masih banyak untuk disumbangkan kepada bola sepak.
UNRWA berdepan ancaman kewujudan selepas larangan Israel
UNRWA terus beroperasi di Gaza meskipun diharamkan oleh Israel. Pesuruhjaya Philippe Lazzarini menegaskan agensi itu kekal memberi bantuan kepada pelarian Palestin walaupun berdepan tekanan global.
Resipi radikalisme: jordan angkat bendera amaran terhadap pelan trump
Rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza ke Jordan dianggap sebagai ancaman besar yang berpotensi mencetuskan radikalisme dan kekacauan di seluruh Asia Barat.
![Vaksin COVID-19 berkesan menentang varian Delta - Ketua Pengarah Kesihatan Vaksin COVID-19 berkesan menentang varian Delta - Ketua Pengarah Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71627897432_VaksinCOVID.jpg)
Vaksin COVID-19 berkesan menentang varian Delta - Ketua Pengarah Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan bahawa semua vaksin yang digunakan di bawah PICK di seluruh negara berkesan menentang varian Delta.
![Semua vaksin berkesan terhadap varian Delta - Khairy Semua vaksin berkesan terhadap varian Delta - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625796492_VaksinCOVID.jpg)
Semua vaksin berkesan terhadap varian Delta - Khairy
Vaksin AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac yang diberikan kepada rakyat Malaysia setakat ini telah terbukti berkesan terhadap varian baharu itu.
![Tun Mahathir persoal keberkesanan PKP Tun Mahathir persoal keberkesanan PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624436510_sidangmedia.jpg)
Tun Mahathir persoal keberkesanan PKP
Dr Mahathir berkata, terbukti PKP tidak berjaya mengurangkan jumlah kes dan kematian baru namun ia diteruskan untuk beberapa hari lagi.
![Kerajaan akan pastikan vaksin selamat, berkesan, stabil Kerajaan akan pastikan vaksin selamat, berkesan, stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606622929_CovidVaksin.jpg)
Kerajaan akan pastikan vaksin selamat, berkesan, stabil
Vaksin itu akan melalui proses penilaian dan pengujian daripada badan pengawal selia yang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
![Malaysia-China meterai perjanjian pembangunan vaksin selamat, berkesan Malaysia-China meterai perjanjian pembangunan vaksin selamat, berkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605692087_KhairyJamaluddin.jpg)
Malaysia-China meterai perjanjian pembangunan vaksin selamat, berkesan
Malaysia dan China menandatangani persetujuan bagi memperkukuhkan kerjasama pembangunan vaksin yang selamat dan berkesan bagi pandemik COVID-19.
![Negara CIS, BRICS mungkin penerima awal vaksin Sputnik V Negara CIS, BRICS mungkin penerima awal vaksin Sputnik V](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51597357308_BPVACCINESPUTNIKV.jpg)
Negara CIS, BRICS mungkin penerima awal vaksin Sputnik V
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RDIF Kirill Dmitriev, negara itu telah menerima permintaan awal untuk 1 bilion dos vaksin daripada lebih 20 negara.
![COVID-19: Brazil kaji vaksin Sinovac keluaran China COVID-19: Brazil kaji vaksin Sinovac keluaran China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51595379513_potentialvaccine.jpg)
COVID-19: Brazil kaji vaksin Sinovac keluaran China
Presiden Institut Butantan Dimas Covas yang mengetuai kajian berkenaan berkata, jika vaksin itu terbukti selamat dan berkesan, Brazil akan menerima 120 juta dos dari China pada awal tahun depan.