Skip to main content

Dunia

Nepal sekali lagi dilanda banjir, sekurang-kurangnya lima mangsa dilaporkan hilang

Insiden terbaharu yang melanda sepanjang Sungai Budhi Gandaki itu berlaku ketika negara berkenaan masih berusaha pulih daripada bencana banjir besar yang melanda kawasan sempadan Nepal-China pada Ogos lalu. -Foto Reuters
Insiden terbaharu yang melanda sepanjang Sungai Budhi Gandaki itu berlaku ketika negara berkenaan masih berusaha pulih daripada bencana banjir besar yang melanda kawasan sempadan Nepal-China pada Ogos lalu. -Foto Reuters

Advertisement

Ringkasan AI

  • Banjir kilat melanda kawasan pergunungan utara tengah Nepal pada Ahad, ketika negara itu masih dalam fasa pemulihan bencana banjir Ogos lalu.
  • Penduduk di sepanjang Sungai Budhi Gandaki telah dipindahkan, dengan lima hingga 10 individu masih hilang dan operasi mencari serta menyelamat sedang dijalankan.
  • Banjir berpunca daripada tanah runtuh di Chumnubri yang menghalang sungai, menyebabkan takungan air pecah dan arus deras menghanyutkan rumah serta jambatan.

KATHMANDU: Nepal sekali lagi dilanda bencana apabila gelombang banjir kilat melanda kawasan pergunungan di utara tengah negara itu pada Ahad, lapor BBC.

Insiden terbaharu yang melanda sepanjang Sungai Budhi Gandaki itu berlaku ketika negara berkenaan masih berusaha pulih daripada bencana banjir besar yang melanda kawasan sempadan Nepal-China pada Ogos lalu.

Pihak Berkuasa Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMA) memaklumkan penduduk yang tinggal di sepanjang tebing sungai berkenaan telah dipindahkan ke kawasan lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.

Setakat petang Ahad, pihak berkuasa mengesahkan tiada kematian dilaporkan, namun antara lima hingga 10 individu masih hilang manakala operasi mencari dan menyelamat menggunakan helikopter tentera sedang dijalankan.

 

 

Siasatan awal mendapati banjir kilat itu berpunca daripada tanah runtuh di kawasan Chumnubri yang menghalang aliran Sungai Budhi Gandaki sebelum takungan air yang terbentuk pecah secara tiba-tiba dan melepaskan aliran deras ke kawasan hilir.

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan rumah, bangsal serta jambatan gantung dihanyutkan arus deras ketika paras air meningkat secara mendadak.

Pihak berkuasa berkata jumlah sebenar kampung pedalaman yang terputus hubungan masih dinilai berikutan kesukaran akses ke kawasan terjejas.

Amaran awal yang dikeluarkan sebelum kejadian membolehkan operasi pemindahan segera dilaksanakan di Arughat, sebuah bandar tepi sungai yang menjadi laluan penting antara Kathmandu dan wilayah barat laut Nepal.

Nepal ketika ini masih berada dalam fasa pemulihan susulan bencana banjir besar pada Ogos lepas di sepanjang sempadan Nepal-China yang mengorbankan lebih 1,400 nyawa manakala ribuan lagi dilaporkan hilang.

Tragedi itu juga turut menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur dan penempatan penduduk, termasuk jambatan dan laluan perhubungan yang rosak akibat siri bencana alam yang melanda negara itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah punca utama banjir kilat yang melanda kawasan pergunungan di utara tengah Nepal? 
    A: Siasatan awal mendapati banjir kilat berpunca daripada tanah runtuh di kawasan Chumnubri yang menghalang aliran Sungai Budhi Gandaki sebelum takungan air yang terbentuk pecah secara tiba-tiba dan melepaskan aliran deras ke kawasan hilir.
  • Q: Apakah langkah yang telah diambil oleh pihak berkuasa Nepal bagi melindungi penduduk yang terjejas? 
    A: Pihak Berkuasa Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMA) telah memindahkan penduduk yang tinggal di sepanjang tebing Sungai Budhi Gandaki ke kawasan lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Q: Berapakah jumlah individu yang masih hilang akibat banjir kilat ini? 
    A: Setakat petang Ahad, antara lima hingga 10 individu masih hilang dan operasi mencari serta menyelamat menggunakan helikopter tentera sedang dijalankan.
  • Q: Apakah kesan banjir kilat terhadap infrastruktur dan penempatan di kawasan terjejas? 
    A: Beberapa rakaman video menunjukkan rumah, bangsal serta jambatan gantung dihanyutkan arus deras, dan jumlah sebenar kampung pedalaman yang terputus hubungan masih dinilai kerana kesukaran akses ke kawasan terjejas.
  • Q: Apakah situasi terkini Nepal berkaitan bencana alam sebelum kejadian banjir kilat ini? 
    A: Nepal masih dalam fasa pemulihan akibat bencana banjir besar pada Ogos lalu di sepanjang sempadan Nepal-China yang mengorbankan lebih 1,400 nyawa, menyebabkan ribuan hilang serta kerosakan besar terhadap infrastruktur dan penempatan penduduk.

Must Watch Video

Advertisement