ANKARA: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern membuat penampilan di khalayak buat kali terakhir pada Selasa sebelum beliau berundur sebagai perdana menteri.
Beliau bersama penggantinya, Chris Hipkins dan Ahli Parlimen yang lain menghadiri mesyuarat di Ratana di sebuah pulau di utara negara itu.
"Saya ingin anda semua tahu apa yang menjadi pengalaman paling berharga buat saya sepanjang menjalankan tugas untuk negara dan rakyat adalah kasih sayang, empati dan kebaikan.
"Itulah nilai yang telah ditunjukkan oleh majoriti rakyat di New Zealand kepada saya dan saya ingin anda tahu bahawa saya meninggalkan tugas ini dengan penuh rasa sayang yang tidak terhingga untuk Aotearoa New Zealand dan penduduknya berbanding ketika saya bermula...
"Terima kasih yang tulus daripada hati saya atas semua keistimewaan sepanjang hidup saya ini," katanya dalam ucapan pada pertemuan itu, lapor Agensi Anadolu.
Pada minggu lalu Ardern membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya dan tidak akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang.
Penggantinya Hipkins dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Rabu, menurut media kerajaan.
Bagaimanapun, Ardern akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen sehingga April bagi mengelak pilihan raya kecil, memandangkan pilihan raya umum dijadualkan pada 14 Oktober 2023. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023

Jacinda Ardern membuat penampilan di khalayak buat kali terakhir pada Selasa sebelum beliau berundur sebagai Perdana Menteri New Zealand. - Gambar fail BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakyat New Zealand mengundi hari ini untuk pilih perdana menteri baharu
Rakyat New Zealand keluar mengundi pada pilihan raya umum, susulan peletakan jawatan mengejut bekas perdana menteri Jacinda Ardern.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bekas PM New Zealand Jacina Ardern dilantik sebagai Dame
Dame Grand Companion of the New Zealand Order of Merit merupakan anugerah kedua tertinggi selepas Order of New Zealand, yang hanya dianugerahkan kepada 20 orang yang masih hidup.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jacinda Ardern contoh terbaik 100 hari pertama pengurusan negara - Penganalisis politik
Beliau melaksanakan langkah penyelesaian multidimensi dan membina momentum untuk pastikan kelangsungan pelaksanaan agendanya.

Chris Hipkins dilantik sebagai Perdana Menteri ke-41 New Zealand
Hipkins, 44, yang merupakan bekas Menteri Tindak Balas COVID-19 dan Menteri Polis dipilih oleh Parti Buruh secara rasmi Ahad lepas.

New Zealand: Jacinda Ardern buat penampilan terakhir sebagai Perdana Menteri
"Saya ingin anda tahu bahawa saya meninggalkan tugas ini dengan penuh rasa sayang yang tidak terhingga untuk Aotearoa New Zealand."

PM baharu New Zealand: Chris Hipkins dipilih ganti Jacinda Ardern
Hipkins akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-41 New Zealand pada Rabu ini.

Chris Hipkins dijangka ganti Jacinda Ardern sebagai PM baharu New Zealand
Hipkins yang berusia 44 tahun pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Parti Buruh pada 2008.

PM New Zealand Jacinda Ardern umum letak jawatan
Ardern meletak jawatan pada usia 42 tahun, selepas lima tahun lebih memegang jawatan tertinggi negara itu.