WELLINGTON: Sebagai sebahagian daripada rancangan kerajaan New Zealand untuk membanteras jenayah belia dan membantu pesalah muda kembali ke landasan yang betul, Akademi Gaya Ketenteraan secara rasmi dibuka pada Sabtu, lapor Xinhua.
Kumpulan pertama yang terdiri daripada 10 golongan muda akan memulakan masa mereka di Akademi Gaya Ketenteraan yang berbentuk percubaan mulai 29 Julai di kediaman Keadilan Belia di Palmerston North, kata Menteri Kanak-Kanak New Zealand, Karen Chhour.
Tiga bulan pertama di sana akan memberi tumpuan kepada struktur dan rutin, menangani tingkah laku jenayah, aktiviti fizikal, pendidikan dan latihan vokasional, persiapan untuk bekerja dan mencari pekerjaan, serta komponen rehabilitasi, terapeutik dan budaya khusus yang diperlukan bagi setiap individu muda, kata Chhour, sambil menambah bahawa setiap seorang akan mempunyai mentor yang konsisten sepanjang program itu.
Selepas komponen kediaman, peringkat sembilan bulan program itu akan memfokuskan kepada sokongan untuk membantu individu muda tersebut beralih kembali ke dalam komuniti, katanya, sambil menambah bahawa keluarga dan komuniti akan dilibatkan jika boleh mungkin sepanjang 12 bulan program berkenaan.
Program itu direka dan dikendalikan bersama oleh Kementerian Kanak-Kanak, Angkatan Pertahanan New Zealand, Kementerian Keadilan, Polis New Zealand dan kumpulan komuniti.
Bagaimanapun, jurucakap hal ehwal kanak-kanak Parti Buruh pembangkang, Willow-Jean Prime berkata menghantar kanak-kanak ini ke kem latihan, yang kebanyakannya telah mengalami penderaan dan trauma mendalam, boleh menyebabkan kemudaratan selanjutnya.
"Ini bukan idea baharu, ia pernah gagal sebelum ini dan berisiko gagal lagi," kata Prime.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Program itu direka dan dikendalikan bersama oleh Kementerian Kanak-Kanak, Angkatan Pertahanan New Zealand, Kementerian Keadilan, Polis New Zealand dan kumpulan komuniti. - Gambar hiasan/ FB New Zealand Parliament

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.

PM New Zealand minat inisiatif Jabatan Audit Negara tingkat ketelusan
Wan Suraya dijemput sebagai tetamu kehormat Luxon di bawah program Felo ASEAN Perdana Menteri dari 11 hingga 13 Feb lepas di Wellington.

Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.

New Zealand longgar peraturan visa benar pelawat bekerja sambil melancong
Ia dalam usaha terbaru untuk meningkatkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

Kapal Tentera Laut New Zealand terbakar sebelum tenggelam di Samoa
Sebuah kapal Tentera Laut New Zealand dilaporkan terbakar sebelum tenggelam di luar pantai Samoa pada pagi Ahad.

Tiga muka baru perkuat Harimau Malaya berdepan New Zealand
27 pemain menerima panggilan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan antarabangsa menentang New Zealand.

New Zealand cipta rekod dunia haka Maori terbesar, rampas semula gelaran
Penganjur berkata 6,531 orang mempersembahkan haka paling terkenal di negara itu, Ka Mate, pada petang Ahad.

Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.

Juruterbang New Zealand diculik pemberontak terbang ke Jakarta
Tahap kesihatan Mehrtens dilaporkan stabil, meskipun juruterbang itu kehilangan berat badan yang ketara.

Ratu Maori New Zealand yang baharu dimasyhurkan menjelang pemakaman ayahanda
Anak bongsu dan anak perempuan tunggal Raja Maori New Zealand dimasyhurkan sebagai Ratu Maori yang baharu pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa.