LONDON: Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store pada Khamis mengesahkan bahawa negara Nordik itu akan menerima dan merawat warga Palestin yang cedera dari Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
Norway akan turut serta dalam usaha antarabangsa untuk membantu rakyat Palestin yang amat memerlukan rawatan hospital, menurut saluran media VG.
Pengumuman itu dibuat selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama EU menyatakan bahawa 9,000 warga Palestin perlu dipindahkan bagi rawatan segera menjelang akhir 2024, di tengah-tengah serangan kejam Israel ke atas Gaza.
Selain itu, Norway akan menyumbang kepada pesawat bagi mengangkut pesakit Palestin ke negara lain.
"Dengan cara ini, kami dapat membantu lebih ramai orang berbanding yang mampu kami bawa ke Norway untuk mendapatkan rawatan," kata Store kepada VG.
Perdana menteri berkata kerajaan memutuskan bahawa sehingga 20 pesakit dengan ahli keluarga dari Gaza boleh diterbangkan ke Norway untuk menerima rawatan di hospital Norway.
"Situasi kemanusiaan di Gaza adalah malapetaka. Sistem kesihatan telah runtuh. Oleh itu, perkara paling penting yang Norway boleh lakukan adalah menyokong kerja kesihatan dan kemanusiaan di Gaza dan kawasan sekitarnya," kata Store.
Bulan lalu, Norway secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Organisasi kesihatan dan PBB pada Disember lepas memberi amaran bahawa sistem penjagaan kesihatan di Gaza telah runtuh.
Hanya 12 daripada 36 hospital di Gaza beroperasi sebahagiannya, menurut laporan terkini.
Lebih 37,700 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 86,400 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Hampir sembilan bulan sejak serangan Israel, kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Jonas Gahr Store berkata, Norway akan turut serta dalam usaha antarabangsa untuk membantu rakyat Palestin yang amat memerlukan rawatan hospital. - Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

2 rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan bas di Norway - Wisma Putra
Kedua-dua individu mengalami kecederaan ringan dan telah meneruskan perjalanan di Norway tanpa sebarang komplikasi lanjut.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.

Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.

Liga Negara-Negara UEFA: Haaland ledak jaringan ke-35 bersama Norway
Penyerang Manchester City itu melakukan hantaran memukau ke arah Sander Berge dengan bola itu melepasi penjaga gol.

Norway pulangkan Martin Odegaard ke Arsenal
Odegaard, yang tercedera ketika bertugas antarabangsa pada September lepas, hanya kembali beraksi untuk Arsenal minggu lalu.

Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.

Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin
Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin.

Raja Harald V jalani prosedur memasang perentak jantung sementara
Raja Norway, Raja Harald V dilaporkan memasang perentak jantung (pacemaker) sementara pada Sabtu di Hospital Maliha, Langkawi.

5G tingkatkan rawatan, keupayaan pembelajaran di hospital - Fahmi
Idea untuk memiliki hospital yang dilengkapi kemudahan rangkaian bersepadu 5G dan teknologi barunya, adalah aspek yang boleh dimanfaatkan Malaysia.