WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dilaporkan secara peribadi menyatakan kebimbangan kepada Demokrat mengenai pencalonan Joe Biden.
Turut senada, bekas Speakar Nancy Pelosi, yang juga memberi amaran secara peribadi, Demokrat bakal hilang kawalan dalam Dewan Perwakilan sekiranya Biden tidak mengundurkan diri daripada persaingan Pilihan Raya Presiden 2024
Menurut laporan dalaman parti, Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump.
Obama dan Pelosi antara kalangan ahli Demokrat tertinggi yang membuat gesaan supaya Biden mempertimbangkan semula usahanya untuk mempertahankan jawatan Presiden.
Perkembangan ini dilaporkan ketika bantahan semakin meningkat di White House dan kempen berhubung masa depan Presiden dan Parti Demokrat.
Obama dalam mesejnya kepada rakan sekutu, mahu Biden mempertimbangan semula kedudukan kempennya, namun akui ia perkara yang perlu diputuskan sendiri Biden.
Kalangan anggota Demokrat yang berpengaruh, di pelbagai peringkat termasuk Kongres diketuai pemimpin majoriti Senat, Chuck Schumer dan pemimpin Dewan Perwakilan Demokrat, Hakeem Jeffries, turut menghantar mesej berhubung kebimbangan sama.
Ada kalangan anggota Demokrat berharap, Biden yang berehat daripada kempen selepas disahkan positif COVID-19, akan mengkaji semula trajektori persaingan dan legasinya dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Biden sebelum in bertegas tidak akan menarik diri, atas alasan beliau merupakan calon yang menewaskan Trump sebelum ini, dan yakin akan berjaya mengulanginya sekali lagi.
Sementara itu timbalan pengurus kempen Biden Quentin Fulks memaklumkan beliau tidak mempertimbangkan apa-apa.
Sebaliknya dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, beliau semakin komited untuk terus kekal berada dalam persaingan pilihan raya Presiden.
Astro Awani
Thu Jul 18 2024
![Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721339428_USPresident.jpg)
Obama dan Pelosi antara kalangan ahli Demokrat tertinggi yang membuat gesaan supaya Biden mempertimbangkan semula usahanya untuk mempertahankan jawatan Presiden.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738989913_BidenTrump.jpg)
Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.
![Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734650053_tbPutinDonaldTrum.jpg)
Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS.
![Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427211_tbDonaldTrumpJoe.jpg)
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
![Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737422118_tbDonaldTrumplett.jpg)
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
![Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737337929_DonaldTrump.jpg)
Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.
![Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731554749_DonaldTrumpJoeBi.jpg)
Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah
Majlis angkat sumpah akan dipindahkan ke dalam bangunan Capitol disebabkan cuaca sejuk.
![TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735364154_TBtiktok.jpg)
TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.
![Pentadbiran Biden tidak akan kuatkuasakan pengharaman TikTok, kata pegawai Rumah Putih Pentadbiran Biden tidak akan kuatkuasakan pengharaman TikTok, kata pegawai Rumah Putih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737110164_USflagTikToklo.jpg)
Pentadbiran Biden tidak akan kuatkuasakan pengharaman TikTok, kata pegawai Rumah Putih
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak akan melaksanakan larangan TikTok sehari sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada Isnin.
![Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737008478_KeretakeluaranCh.jpg)
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
![Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676735078_electriccars.jpg)
Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.