Berang tidak dapat bermain permainan dalam talian PUBG, seorang pemuda bertindak kejam dengan membunuh bapanya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Agensi berita Bangalore Mirror melaporkan Raghuveer Kumbar, 25, melakukan tindakan sadis itu selepas bapanya Shankrappa Kumbar, 60, yang juga merupakan pesara polis, enggan memberinya wang untuk menambah nilai capaian internetnya.
Ekoran perbalahan berterusan, Raghuveer mengunci ibunya di dalam bilik sebelum bertindak mengambil pisau dan membunuh bapanya sendiri, lapor IndiaTimes.
Bukan itu saja, Raghuveer turut mengerat mayat bapanya kepada beberapa bahagian.
Jiran yang terdengar jeritan dari dalam rumah Shankrappa terus membuat panggilan kecemasan kepada polis.
Polis dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan Raghuveer adalah disebabkan oleh ketagihan melampau suspek dengan permainan PUBG.
Siasatan lanjut sedang dijalankan.
Agensi
Tue Sep 10 2019

Laporan berita yang melaporkan Raghuveer mengerat mayat bapanya kepada beberapa bahagian. -Foto BangaloreMirror

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Padah ketagihan PUBG, anak bunuh dan kerat mayat bapa
Marah kerana tidak dapat bermain permainan atas talian PUBG, seorang pemuda bertindak di luar jangkaan dengan membunuh bapanya.