NEW DELHI: Negeri Pahang akan mewujudkan rizab alam semula jadi baharu sebagai sebahagian daripada usaha Malaysia melindungi harimau Malaya yang terancam, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada Ahad.
Pahang akan mewartakan sebuah taman negara baharu seluas 1,340 kilometer persegi di kawasan hutan simpan Gunung Aais dan Tekai Tembeling pada bulan ini serta tambahan kawasan seluas 400 kilometer persegi untuk meningkatkan usaha pemuliharaan hidupan liar, titah baginda pada persidangan di selatan India.
"Taman baharu ini akan menyediakan habitat selamat untuk menyokong pemulihan semula jadi populasi harimau Malaya dan spesies hidupan liar lain termasuk gajah, tapir dan gaur," titah Tengku Hassanal.
Pusat pelepasan bertahap atau 'soft release centre', yang pertama seumpamanya di Malaysia, adalah sebahagian daripada pelan strategik untuk taman ini, tegas baginda.
Pemangku Raja Pahang berkenan menghadiri persidangan di Karnataka sempena 50 tahun Projek Harimau India.
Memuji inisiatif India untuk melindungi kucing besar yang terancam itu, Tengku Hassanal menggariskan keperluan terhadap usaha lebih menyeluruh untuk menyelamatkan harimau Malaya.
"Ikon utama Malaysia itu pernah berjumlah lebih tiga ribu di seluruh semenanjung Tanah Melayu, tetapi hari ini, ia berada di ambang kepupusan," titah baginda sambil menambah bahawa tinjauan kerajaan antara 2016 dan 2020 mendapati hanya 150 ekor harimau Malaya yang masih hidup di hutan.
Tengku Hassanal menjelaskan bahawa Malaysia telah mengambil "langkah bersepadu untuk memulihkan keadaan" yang menjejaskan ikon negara itu.
Baginda bertitah sejak penubuhan Pasukan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan pada Jun 2021 yang diketuai oleh perdana menteri, Malaysia telah meningkatkan keberkesanan dalam usaha pemuliharaannya.
"Di negeri Pahang, beta menyedari keperluan kritikal untuk memulihara populasi harimau Malaya yang berdaya maju di habitat semula jadinya, kerana kawasan hutan kita yang luas," titah baginda.
Tengku Hassanal menjelaskan inisiatif negeri yang diambil selama ini termasuk penubuhan Jawatankuasa Pemuliharaan Hidupan Liar Pahang untuk membantu Majlis Biodiversiti Negeri Pahang dalam perlindungan hidupan liar, menjalankan program anti-pemburuan haram dan menjalankan kajian di kawasan Taman Negara yang lebih besar bagi mengenal pasti kawasan dengan nilai pemuliharaan yang tinggi di samping meneroka potensi pembiayaan lestari.
"Pemuliharaan hidupan liar bukan sekadar tugas kerajaan dan organisasi pemuliharaan tetapi memerlukan usaha kolektif daripada semua pihak berkepentingan," titah baginda.
Populasi harimau India
Perdana Menteri India Narendra Modi dalam ucapannya sempena majlis peringatan Project Tiger berkata negaranya menyumbang 75 peratus populasi harimau di dunia.
Negara ini mempunyai 3,167 harimau pada 2022 berbanding 2,967 dalam tinjauan pada 2018.
Populasi kucing besar India itu semakin bertambah sejak harimau itu diisytiharkan sebagai haiwan kebangsaan pada 1973 dan bilangan tempat perlindungan harimau telah meningkat daripada sembilan kepada lebih 50.
Projek pemuliharaan harimau telah menyediakan ekosistem yang sangat baik untuk kucing besar berkembang, kata Modi.
Dengan hanya 2.4 peratus daripada keluasan tanah dunia, India menyumbang kepada kira-kira lapan peratus kepelbagaian global, katanya.
Perdana menteri itu melancarkan International Big Cats Alliance (IBCA), yang menumpukan keanggotaan negara-negara yang menjadi habitat kepada harimau, singa, harimau bintang, harimau salji, puma, jaguar dan cheetah.
Ia bertujuan untuk menamatkan pemburuan haram dan perdagangan haram membabitkan tujuh spesies kucing besar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023
![Pahang wujudkan taman semula jadi seluas 1,340km persegi untuk Harimau Malaya Pahang wujudkan taman semula jadi seluas 1,340km persegi untuk Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677840977_HarimauMalaya.jpg)
Tengku Hassanal menjelaskan bahawa Malaysia telah mengambil "langkah bersepadu untuk memulihkan keadaan" yang menjejaskan ikon negara itu. - Foto fail/BERNAMA
Kelahiran di Malaysia meningkat 7.7 peratus pada 2023 - Nancy Shukri
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu Parlimen menurut DOSM 455,761 kelahiran hidup telah direkodkan pada 2023, jumlah ini menunjukkan peningkatan 7.7 peratus berbanding 2022.
Jelasnya dalam tempoh 15 tahun ini, kadar tertinggi 'total fertility rate' (TFR) dicatatkan pada 2011 dan 2012 sebelum menunjukkan trend menurun, namun kadar itu meningkat pada 2023.
Jelasnya dalam tempoh 15 tahun ini, kadar tertinggi 'total fertility rate' (TFR) dicatatkan pada 2011 dan 2012 sebelum menunjukkan trend menurun, namun kadar itu meningkat pada 2023.
Kes pemandu wanita rempuh pelajar UITM Dungun dipindah ke mahkamah tinggi
Mahkamah Majistret Dungun memerintahkan kes pemandu wanita yang didakwa membunuh tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam satu kemalangan tragis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
KWSP: Waspada pengeluaran akaun fleksibel, ingat hari tua
Pencarum diingatkan agar berwaspada dalam pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP, dengan menekankan kepentingan simpanan jangka panjang untuk persaraan yang stabil.
Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira
Wakil pegawai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah berkunjung ke pejabat syarikat pengendali umrah kontroversi, Hejira Travel & Tours Sdn Bhd, baru-baru ini, bagi mendapatkan maklumat lengkap.
![Kes pemandu wanita rempuh pelajar UiTM Dungun dipindah ke Mahkamah Tinggi Kes pemandu wanita rempuh pelajar UiTM Dungun dipindah ke Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740025338_tbpemanduNorizanI.jpg)
Kes pemandu wanita rempuh pelajar UiTM Dungun dipindah ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Majistret memerintahkan kes pemandu wanita yang didakwa membunuh tiga penuntut UiTM Dungun dalam satu kemalangan tragis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
![AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740025267_tbWindsorJohn.jpg)
AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers
AFC menerima laporan daripada Pohang Steelers, ekoran dakwaan gangguan bunga api di penginapan pasukan itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.
![Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740025773_tbIPDKulai.jpg)
Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.
AWANI Ringkas: 13,000 kakitangan sektor kesihatan letak jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine
Presiden Rusia, Vladimir Putin sekali lagi menegaskan kesediaan Moscow untuk kembali ke meja rundingan mengenai Ukraine tetapi menekankan bahawa membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat (AS) adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
Dewan Rakyat 'hangat', YB Kampar sarankan Wee Ka Siong dilantik Penasihat KWSP
Dewan Rakyat hangat YB Kampar, Chong Zhemin beri cadangan kepada Menteri Kewangan untuk melantik YB Ayer Hitam , Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai penasihat KWSP.
"Sebab dia hebat, dia ada 'crystal ball' dia boleh tahu bila saham naik, bila saham turun," kata YB Kampar ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
"Sebab dia hebat, dia ada 'crystal ball' dia boleh tahu bila saham naik, bila saham turun," kata YB Kampar ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
![Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699802315_BrendanGan.jpg)
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
![Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696946775_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
![Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643103806_DatukMohdAmarNik.jpg)
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
![Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641810213_HARIMAUMALAYA.jpg)
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
![Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625132489_harimau.jpg)
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
![Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637938782_DrAiniDrAdlykad.jpg)
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
!['Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya 'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598682731_artistempatan.jpg)
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
![Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595764268_harimau.jpg)
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
![Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19 Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81586237915_zoo.jpg)
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
![Harimau Malaya di New York positif COVID-19 Harimau Malaya di New York positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586133865_Bronxzoo.jpg)
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.