ISLAMABAD: Angka kematian akibat pengebom bunuh diri di sebuah masjid di kawasan ibu pejabat polis di bandar barat laut Peshawar di Pakistan Isnin lepas meningkat kepada 95 orang, lapor Agensi Anadolu.
Ketua Polis wilayah Khyber Pakhtunkhwa Moazzam Jah Ansari berkata sejumlah 95 orang terbunuh dan 221 cedera dalam serangan maut itu.
Beliau bekata berdasarkan siasatan awal, kira-kira 10-12 kilogram bahan letupan digunakan dalam insiden itu.
Pada Isnin, seorang suspek meletupkan dirinya semasa solat zohor di masjid di kawasan ibu pejabat polis di Peshawar.
Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) menerusi laman sesawangnya menafikan terlibat dalam serangan itu.
Ansari berkata Jamat-ul-Ahrar, puak serpihan TTP, mungkin terlibat dalam insiden pengeboman yang disifatkan paling buruk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
"ISKP (Islamic State Khyber Pakhtunkhwa) juga mengaku bertanggungjawab atas serangan itu dan kami sedang menyiasat," katanya.
Sementara itu, Kementerian Luar Afghanistan dalam satu kenyataan turut menyuarakan simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera.
India turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang telah meragut nyawa ramai orang," kata jurucakap Kementerian Luar India, Arindam Bagchi di Twitternya.
Seluruh wilayah Khyber Pakhtunkhwa akan berkabung pada Selasa dan bendera Pakistan akan dikibarkan separuh tiang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Sejumlah 95 orang terbunuh dan 221 cedera dalam serangan maut itu. - Gambar/ AP

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.

Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB
Ia sejajar dengan peningkatan permintaan dalam sektor makanan Pakistan, sekali gus memberi peluang besar bagi produk minyak sawit Malaysia.

Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.

Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC
Menteri Perladangan dan Komoditi akan memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini untuk merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi.

Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin
BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama.

Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.

Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan
Singh dipuji kerana membuka ekonomi India pada 1991 ketika memegang jawatan Menteri Kewangan semasa krisis pertukaran asing.

Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.

Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.

Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.

Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM
Menerusi perbualan telefon mereka petang Sabtu, Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.