HYDERABAD: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyifatkan Pakistan sebagai "pengantara yang amat penting" dalam konflik Asia Barat melibatkan Iran dan Amerika Syarikat (AS).
Guterres yang tiba di Islamabad awal Selasa untuk lawatan tiga hari berkata demikian dalam video yang disiarkan oleh agensi berita negara Associated Press of Pakistan (APP) pada laman X.
“Pakistan hari ini merupakan pengantara yang sangat penting bagi salah satu daripada dua konflik paling serius yang kita ada,” kata ketua PBB itu, merujuk kepada konflik Rusia-Ukraine dan Iran-AS.
"Pakistan telah menunjukkan kapasiti inisiatif yang besar dan kredibiliti yang menjadikannya diterima oleh kedua-dua pihak, yang hari ini sangat sukar dalam dunia yang berpecah-belah ini," kata Guterres.
Pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) Islamabad, perjanjian damai sementara yang ditandatangani oleh AS dan Iran pada Jun, dilihat penting dalam memulihkan ketenangan serantau dan menamatkan gangguan perkapalan serta ekonomi global.
-- BERNAMA