LONDON: Parti Konservatif United Kingdom menghadapi beberapa dakwaan bahawa ahli-ahli tertinggi parti itu membuat pertaruhan ke atas tarikh pilihan raya umum, yang dijadualkan pada 4 Julai dan menambahkan tekanan kepada Perdana Menteri Rishi Sunak yang sedang berusaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat, lapor Xinhua.
Nick Mason, Ketua Pegawai Data Parti Tory, telah mengambil cuti sementara disiasat oleh Suruhanjaya Perjudian kerana didakwa meletakkan pertaruhan terhadap waktu pilihan raya dengan maklumat dalaman sebelum tarikh itu diumumkan, menurut laporan media UK pada Ahad.
Beberapa lagi tokoh Konservatif telah disyaki terlibat dalam skandal ini. Pengarah Kempen parti itu Tony Lee dan isterinya, Laura Saunders sedang disiasat bersama dengan Craig Williams, Setiausaha Peribadi Parlimen untuk Sunak. Seorang pegawai polis dalam pasukan perlindungan rapat Sunak juga sedang disiasat berhubung dakwaan itu.
Jurucakap Suruhanjaya Perjudian berkata pihaknya "menyiasat kemungkinan kesalahan berkaitan tarikh pilihan raya" dan "suruhanjaya tidak dapat memberikan butiran lanjut pada masa ini".
Parti pembangkang utama, Parti Buruh, menyifatkan dakwaan baharu ini sebagai "amat luar biasa".
"Rishi Sunak menjanjikan integriti, profesionalisme dan kebertanggungjawapan, sebaliknya kelemahannya bermaksud beliau telah menyaksikan penyelewengan dan skandal sama yang telah mencemarkan 14 tahun pemerintahan Tory," kata jurucakap parti itu, sambil menggesa Sunak menggantung semua yang terlibat dalam skandal pertaruhan itu.
Sunak berkata beliau "amat marah" mendengar dakwaan itu dan berjanji akan "memecat" sesiapa yang didapati melanggar undang-undang perjudian.
Ketika ditanya dalam edisi khas pilihan raya "BBC's Question Time", Perdana Menteri berkata: "Ini adalah perkara yang sangat serius - dan wajar ia disiasat dengan betul oleh pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan."
Kata-kata serius Sunak nampaknya gagal meredakan kemarahan pengundi. Tinjauan terbaharu oleh Sky News menunjukkan Parti Buruh mendahului Parti Konservatif dengan 21 mata.
Kemarahan terhadap pertaruhan politik juga mendedahkan sektor kecil industri perjudian UK yang kurang dikenali.
Berbanding dengan jumlah yang dipertaruhkan pada sukan, yang berjumlah GBP25 bilion (kira-kira US$31.6 bilion) tahun lalu, pertaruhan politik adalah jauh lebih kecil dalam industri perjudian. Namun, ia berkembang pesat, terutama menjelang pilihan raya kilat seperti kali ini.
Pada tahun 1997, penerima taruhan menganggarkan bahawa sehingga GBP10 juta (kira-kira US$12.6 juta) akan dipertaruhkan pada pilihan raya umum UK. Seorang pakar pertaruhan politik yang tidak dikenali berkata pilihan raya UK kini bernilai berlipat kali ganda dari jumlah itu, dalam "puluhan juta".
Penerima taruhan telah mengambil kesempatan terhadap selera yang semakin meningkat untuk pertaruhan politik, dengan ada yang menawarkan pasaran untuk keputusan bagi kesemua 650 kawasan parlimen di UK yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum, serta untuk acara politik di seluruh dunia.
Pemerhati menunjukkan bahawa walaupun kemungkinan pertaruhan mungkin mempengaruhi keputusan acara politik seperti pilihan raya, kebimbangan utama kekal bahawa pertaruhan politik terbuka kepada penipuan.
Secara teori, mereka yang bertaruh ke atas tarikh pilihan raya dengan maklumat dalaman boleh didapati bersalah di bawah kesalahan jenayah menipu di bawah Akta Perjudian 2005.
Insiden terbaru ini telah tanpa ragu-ragu mencemarkan lagi imej Parti Konservatif, selepas satu siri skandal Tory, termasuk buli, salah laku seksual dan "partygate", menambah lagi tekanan kepada Sunak.
Bagi Tory, skandal pertaruhan ini sama buruknya dengan "partygate", kata Michael Gove, Setiausaha Negara UK untuk Penambahbaikan, Perumahan dan Komuniti.
"Ia kelihatan seperti satu peraturan untuk mereka dan satu peraturan untuk kita," kata Gove, seorang senior Konservatif. "Ia merosakkan semasa Partygate dan merosakkan di sini," katanya.
Bekas Perdana Menteri UK, Boris Johnson terpaksa meletakkan jawatan pada pertengahan 2022 selepas sokongan untuknya menghilang akibat skandal "partygate". Pendedahan tentang beliau dan kakitangannya yang berparti dengan arak di Downing Street pada 2020 dan 2021 telah menimbulkan kemarahan rakyat Britain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Sunak bercakap kepada pemberita pada sidang media yang diadakan dalam sebuah bas kempen pilihan raya, dekat Rhyl, Britain, 21 Jun 2024. - REUTERS

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Inflasi UK catat tahap tertinggi dalam 10 bulan pada 3 peratus
Inflasi di United Kingdom meningkat ke paras tertinggi dalam 10 bulan pada Januari.

London sedia tindakan balas jika AS kenakan tarif ke atas produk Britain - Laporan
United Kingdom sedang mempersiapkan tindakan balas sekiranya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan tarif ke atas produk-produk Britain.

Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.

Lebih 200 syarikat di UK beralih kerja 4 hari seminggu
Ia meliputi pelbagai sektor termasuk agensi pemasaran, firma IT dan perundingan serta badan amal, dengan jumlah pekerja melebihi 5,000 orang.

Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.

Penyertaan UK dalam CPTPP buka laluan lebih mudah pelaburan untuk Malaysia - PM
UK secara rasmi menyertai CPTPP pada 15 Disember tahun lalu, menjadikannya negara Eropah pertama menyertai blok perdagangan Asia-Pasifik.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.

Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.