LOS ANGELES/Chengdu: Dua panda gergasi, Yun Chuan dan Xin Bao tiba di California dari China pada Khamis untuk kerjasama 10 tahun dengan Zoo San Diego, menandakan fasa baharu dalam usaha perlindungan panda antara China dan Amerika Syarikat (AS).
Yun Chuan, panda gergasi jantan berusia lima tahun dan Xin Bao, panda betina berusia empat tahun, dipilih dari Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China (CCRCGP), lapor Xinhua.
Mamalia itu berlepas dari Pusat Panda Bifengxia di Bandar Ya'an di wilayah Sichuan, barat daya China dengan penerbangan sewa khas pada petang Rabu.
Pasangan panda itu yang transit melalui Hong Kong dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, ditemani oleh lima pembiak baka dan doktor haiwan yang berpengalaman.
Kedua-duanya yang pertama memasuki AS dalam lebih dua dekad, akan dibawa ke Zoo San Diego sebaik tiba di Los Angeles.
Panda gergasi itu akan dikuarantin selama sekurang-kurangnya 30 hari, mengikut prosedur standard dan tarikh penampilan awam akan diumumkan selepas pasukan penjagaan haiwan merasakan mereka bersedia untuk bertemu pengunjung.
CCRCGP telah menjalankan kerjasama penyelidikan saintifik dengan Zoo San Diego selama lebih 25 tahun, dengan hasil yang memberangsangkan dalam perlindungan, pembiakan dan kawalan penyakit panda gergasi, serta pendidikan awam berkaitan.
Sebagai simbol kerjasama, Yun Chuan ialah anak kepada Zhen Zhen, yang dilahirkan di Zoo San Diego pada tahun 2007 dan cucu kepada Bai Yun, yang tinggal di zoo berkenaan selama lebih 20 tahun.
Bai Yun yang berusia 27 tahun dan anaknya, Xiao Liwu, dua ekor panda gergasi terakhir di Zoo San Diego, dihantar pulang ke China pada tahun 2019 setelah perjanjian pemuliharaan terakhir zoo dengan China tamat.
Sementara itu, ramai penduduk San Diego serta kakitangan zoo menantikan kedatangan semula ikon zoo yang dicintai itu.
"Kami sangat teruja untuk menyambut Yun Chuan dan Xin Bao ke dalam keluarga Zoo San Diego," kata Paul Baribault, presiden dan ketua pegawai eksekutif untuk San Diego Zoo Wildlife Alliance, dalam satu kenyataan media.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
![Pasangan panda gergasi China tiba di AS Pasangan panda gergasi China tiba di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719548642_giantpanda.jpg)
Yun Chuan (gambar) ialah anak kepada Zhen Zhen, yang dilahirkan di Zoo San Diego pada tahun 2007 dan cucu kepada Bai Yun, yang tinggal di zoo berkenaan selama lebih 20 tahun. - Gambar fail/AP
![Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739626080_TetakMautShahAl.jpg)
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Shah Alam.
AWANI 7:45 [15/2/2025] – Suspek direman tujuh hari| Lagi sindiket dadah tumpas| Misi Joehari Ayub| Tahniah Siti Saleha
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Sudah kena tahan, suspek kes bunuh Norshamira direman
-Menteri Perpaduan tegaskan tidak perlu portfolio Menteri Agama Bukan Islam
-Era baharu FAM dan Harimau Malaya, Joehari Ayub disahkan Presiden
-Selebriti popular, Siti Saleha kini bergelar isteri pereka fesyen
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Sudah kena tahan, suspek kes bunuh Norshamira direman
-Menteri Perpaduan tegaskan tidak perlu portfolio Menteri Agama Bukan Islam
-Era baharu FAM dan Harimau Malaya, Joehari Ayub disahkan Presiden
-Selebriti popular, Siti Saleha kini bergelar isteri pereka fesyen
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
![Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
![Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734615702_ZambryAbdulKadir.jpg)
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.
![Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b
AWANI Ringkas 15 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Februari 2025
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Panda gergasi tertua, Eimei mati pada usia 32 tahun Panda gergasi tertua, Eimei mati pada usia 32 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739539237_tbPandaGergasitert.jpg)
Panda gergasi tertua, Eimei mati pada usia 32 tahun
Eimei, panda gergasi tertua di dunia yang pernah dipinjamkan oleh China kepada Jepun, mati pada usia 32 tahun, bersamaan dengan 100 tahun umur manusia.
![Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727356034_tbpandahongkong.jpg)
Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong
Ketibaan pasangan panda itu adalah antara acara perayaan paling dinanti-nantikan menjelang ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China.
![Pasangan panda gergasi China tiba di AS Pasangan panda gergasi China tiba di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719548642_giantpanda.jpg)
Pasangan panda gergasi China tiba di AS
Yun Chuan, panda gergasi jantan berusia lima tahun dan Xin Bao, panda betina berusia empat tahun, dipilih dari CCRCGP.
![Kerjasama China-Australia boleh merentasi Pasifik, atasi perbezaan - PM China Kerjasama China-Australia boleh merentasi Pasifik, atasi perbezaan - PM China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718500253_LiQiang.jpg)
Kerjasama China-Australia boleh merentasi Pasifik, atasi perbezaan - PM China
Li berkata pada Ahad bahawa selagi kedua-dua pihak saling menghargai, kerjasama antara China dan Australia boleh merentasi Lautan Pasifik, mengatasi perbezaan dan mencapai kejayaan bersama.
![Panda gergasi tertua di Jepun mati akibat sakit jantung pada usia 28 tahun Panda gergasi tertua di Jepun mati akibat sakit jantung pada usia 28 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712052570_tantan.jpg)
Panda gergasi tertua di Jepun mati akibat sakit jantung pada usia 28 tahun
Panda gergasi tertua di Jepun dilaporkan mati pada usia 28 tahun di Zoo Kobe Oji di bandar barat Kobe, menurut zoo itu hari ini, lapor Jiji Press.
![Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706342670_AnwarIbrahim.jpg)
Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan
Zoo Negara menyambut ulang tahun ke-60 dengan sambutan Jubli Intan pada Jumaat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Kerajaan cadang lanjut penempatan panda gergasi Kerajaan cadang lanjut penempatan panda gergasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706335879_TBpanda.jpg)
Kerajaan cadang lanjut penempatan panda gergasi
Kerajaan cadang lanjut penempatan panda gergasi
![Penghantaran pulang anak panda gergasi dilaksanakan mengikut perjanjian China-Malaysia - NRECC Penghantaran pulang anak panda gergasi dilaksanakan mengikut perjanjian China-Malaysia - NRECC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692787519_ZooNegara.jpg)
Penghantaran pulang anak panda gergasi dilaksanakan mengikut perjanjian China-Malaysia - NRECC
Penghantaran pulang Yi Yi dan Sheng Yi ke China pada 29 Ogos ini dilaksanakan sebagai mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia dan China.
![Panda dipajak China kepada Korea Selatan lahirkan anak kembar Panda dipajak China kepada Korea Selatan lahirkan anak kembar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689072816_Panda.jpg)
Panda dipajak China kepada Korea Selatan lahirkan anak kembar
Seekor panda gergasi yang dipajak oleh China kepada Korea Selatan tujuh tahun lepas, melahirkan anak panda kembar pertama di negara itu minggu lalu, menurut Taman Tema Everland pada Selasa.
![Panda gergasi di Zoo Chiang Mai mati pada usia 21 tahun Panda gergasi di Zoo Chiang Mai mati pada usia 21 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681906784_PandaLinHui.jpg)
Panda gergasi di Zoo Chiang Mai mati pada usia 21 tahun
Lin Hui mengalami masalah pendarahan hidung dan menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan.