Orang ramai dilihat tertafakur seketika di Piccadilly Circus sebagai tanda hormat kepada mendiang Putera Philip pada Sabtu. - Foto AP/Rui Vieira
BLACKBURN: Rakyat di seluruh United Kingdom (UK) memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip pada Sabtu.
Mereka turut meluangkan masa bersama untuk menonton istiadat pemakaman Duke of Edinburgh yang disiarkan secara langsung.
Ada dalam kalangan mereka menyifatkan istiadat tersebut sebagai satu penghargaan kepada rakyat UK.
Jasad mendiang Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II dimakamkan di St George Chapel di Istana Windsor jam 3 petang waktu tempatan.
BACA: Putera Philip selamat dimakamkan, upacara dilangsung penuh istiadat diraja BACA: UK bertafakur seminit, beri penghormatan terakhir buat Putera Philip Sebagai tanda penghormatan, loceng juga dibunyikan di Blackburn Cathedral untuk mengajak orang ramai menyalakan lilin dengan 10 ekor burung merpati dilepaskan.
Istiadat Pemakaman | Penghormatan terakhir untuk Putera Philip
Henti spekulasi, jangan beri tekanan, biar siasatan selesai - Armizan “Saya belum terima keputusan siasatan, tiada keperluan pun untuk beri keputusan kepada saya. Saya rasa biarkan kes ini ikut aturan undang-undang, beri ruang kepada siasatan. “Siasatan bukan hanya kepada Jabatan Kimia itu sahaja tetapi melalui pelbagai proses secara menyeluruh, komitmen kerajaan adalah biar ia dibuat secara telus, segera dan tunggu keadilan berjalan dengan sebaiknya,” katanya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.