BANGKOK: Rasionalisasi subsidi diesel Malaysia tidak akan memberi kesan kepada industri trak Thailand, kata Presiden Persekutuan Pengangkutan Darat Thailand, Apichart Prairungruang.
Sebaliknya, Apichart berkata pemandu lori Thailand sedang bersiap sedia untuk mengadakan perhimpunan di seluruh negara di Bangkok pada 3 Julai ini bagi membantah tindakan kerajaan Thailand yang tidak bertindak terhadap kenaikan harga diesel, yang tiada kaitan dengan keputusan Malaysia untuk mengapungkan harga dieselnya.
"Rasionalisasi subsidi diesel Malaysia tidak memberi kesan kepada kami. Mogok yang dijadualkan di seluruh negara ini adalah disebabkan ketidakpuasan terhadap kerajaan yang terus mengabaikan permintaan kami supaya harga diesel dihadkan kepada 30 baht/liter," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau menjelaskan walaupun Malaysia menaikkan sepenuhnya harga diesel, ia masih lebih rendah berbanding di Thailand.
Badan itu berharap dibenarkan untuk menyesuaikan harga pengangkutan bagi mencerminkan kos diesel di negara itu.
Pada 9 Jun lepas, kerajaan Malaysia mengumumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada harga RM3.35 seliter berkuat kuasa 10 Jun, di bawah sistem subsidi bersasar.
Bagaimanapun, Apichart berkata bantahan yang dijadualkan pada 3 Julai itu masih belum disahkan kerana Julai adalah sambutan hari keputeraan Raja dan badan itu tidak mahu melakukan apa-apa yang tidak sesuai semasa negara sedang bersiap sedia untuk perayaan berkenaan.
Beliau menyebut bahawa persekutuan akan bermesyuarat lagi pada 30 Jun untuk memuktamadkan keputusan mereka mengenai perhimpunan itu.
"Lebih daripada 500 trak dari seluruh negara akan berkumpul di Bangkok. Ia akan menjadi lebih besar daripada perhimpunan kami sebelum ini." Bagaimanapun, Julai merupakan sambutan hari keputeraan Raja, jadi kita perlu berunding untuk mencapai persefahaman antara ahli-ahli," katanya.
Beliau berkata Persekutuan Pengangkutan Darat Thailand dan sekutunya telah menyerahkan petisyen kepada kerajaan pada 11 Jun, menuntut kebenaran untuk menaikkan yuran pengangkutan sebanyak 3.0-9.0 peratus untuk setiap kenaikan satu bath dalam harga diesel melebihi 30 baht seliter, tetapi permintaan mereka tidak diendahkan.
Beliau berkata lebih sejuta lori berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Darat termasuk trak pikap dan trak pertanian yang menggunakan diesel, akan terjejas akibat harga diesel.
Menurut laporan media tempatan Thailand pada Mei tahun ini, Kabinet Thailand mengehadkan harga runcit diesel pada 33 baht seliter.
Media tempatan juga melaporkan bahawa ini bukan kali pertama pemandu lori mengadakan protes di Bangkok.
Pada Oktober 2021, ratusan trak mengepung Kementerian Tenaga dan mengancam untuk menghentikan 10 peratus perkhidmatan mereka kecuali harga diesel dihadkan.
Pada Februari tahun berikutnya, pemandu lori menyekat beberapa jalan raya di Bangkok, menuntut kerajaan mengehadkan harga diesel pada 25 baht seliter selama setahun.
Permintaan itu ditolak oleh Perdana Menteri ketika itu, Jeneral Prayut Chan-o-cha, yang berpendapat bahawa kerajaan tidak mempunyai bajet untuk had itu, yang akan menelan belanja 20 bilion baht sebulan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Lebih sejuta lori berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Darat termasuk trak pikap dan trak pertanian yang menggunakan diesel, akan terjejas akibat harga diesel.- Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pemandu lori Thailand rancang protes harga diesel, tiada kaitan dasar Malaysia
Rasionalisasi subsidi diesel Malaysia tidak akan memberi kesan kepada industri trak Thailand, kata Presiden Persekutuan Pengangkutan Darat Thailand, Apichart Prairungruang.