KATOWICE: Agenda pembangunan bandar di seluruh dunia dalam tempoh pascapandemik ini perlu lebih strategik bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat, kata Pengarah Eksekutif Program Petempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Beliau berkata pandemik COVID-19 telah membuka mata semua pihak tentang keperluan penyediaan bandar yang lebih efisien dan berdaya tahan dari sebarang ancaman khususnya melibatkan kesihatan.
"Ketika pandemik contohnya (kerajaan) minta kekal di rumah tetapi ada yang tidak miliki rumah, minta buat penjarakan fizikal tetapi rumah kecil.
"Pandemik jadikan seluruh dunia lebih peka...jika boleh bagi kemudahan kepada rakyat masa pandemik tanpa banyak 'songeh', mengapa tidak ia dilanjutkan sekarang (pascapandemik) dan segala insentif (ketika pandemik) wajar diteruskan berpaksikan keperluan rakyat," katanya.
Maimunah berkata demikian kepada media Malaysia ketika ditemui pada Forum Bandar Sedunia ke-11 (WUF11) bertemakan 'Transforming Our Cities, For A Better Urban Future' yang berlangsung selama lima hari bermula Ahad.
Sempena forum itu, Maimunah turut menerima anugerah Tokoh Perancang Bandar Malaysia 2021 yang disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang kini mengetuai delegasi negara ke WUF11.
Beliau sebelum ini dinobatkan sebagai Tokoh Perancang Bandar Malaysia sempena Sambutan 100 tahun Profesion Perancang Bandar Malaysia pada 2021.
Dalam pada itu, Maimunah berkata pihaknya juga telah menerbitkan kajian bertajuk 'Cities and Pandemic: Towards a more just, green and healthy future' yang boleh dijadikan rujukan oleh seluruh negara.
"UN-Habitat menganalisis kira-kira 1,700 bandar dalam dunia dan saya lihat empat perkara dalam kesimpulan kajian itu.
"Antaranya ialah kita perlu lihat tentang kemiskinan, memikirkan semula reka bentuk bandar, tadbir urus dan model perniagaan baharu contohnya kesihatan adalah hak kemanusiaan," katanya.
Mengenai penglibatan Malaysia dalam WUF11, Maimunah berkata forum tersebut akan menjadi platform untuk Malaysia berkongsi dan menilai amalan terbaik dari seluruh dunia sebagai penambahbaikan kepada agenda perbandaran negara.
"Amalan baik yang negara ada boleh dikongsi dalam forum ini, kita juga boleh belajar dari negara lain," katanya menambah, beliau secara peribadi sentiasa berkongsi amalan terbaik Malaysia dengan negara luar tentang pelbagai aspek.
WUF ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2001 untuk mengkaji salah satu isu paling mendesak yang dihadapi dunia hari ini iaitu perbandaran pesat dan kesannya terhadap komuniti, bandar, ekonomi dan perubahan iklim.
Forum anjuran UN-Habitat itu merupakan antara perhimpunan antarabangsa yang paling inklusif mengenai isu-isu bandar.
Ia menghimpunkan wakil kerajaan negara, wilayah dan tempatan, ahli akademik, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, perancang bandar dan wakil masyarakat sivil.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 26 2022

Forum Bandar Sedunia ke-11 (WUF11) bertemakan 'Transforming Our Cities, For A Better Urban Future' berlangsung selama lima hari bermula Ahad. - Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pembangunan bandar ketika pascapandemik perlu strategik, jamin kesejahteraan rakyat
Agenda pembangunan bandar di seluruh dunia dalam tempoh pascapandemik ini perlu lebih strategik bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat.