Skip to main content

Dunia

Pembekal automotif Jerman Schaeffler rancang kurangkan 3,460 pekerjaan di Eropah

Pengurangan pekerjaan yang dirancang selesai menjelang 2028 itu mewakili kira-kira lapan peratus daripada tenaga kerja teras syarikat berkenaan. - Gambar hiasan/Reuters
Pengurangan pekerjaan yang dirancang selesai menjelang 2028 itu mewakili kira-kira lapan peratus daripada tenaga kerja teras syarikat berkenaan. - Gambar hiasan/Reuters
Advertisement

BERLIN: Pembekal automotif dan perindustrian Jerman, Schaeffler, bakal mengurangkan 3,460 lagi pekerjaan di Eropah, termasuk kira-kira 2,660 di Jerman, serta menutup lima kemudahan dengan empat daripadanya terletak di Jerman, menurut syarikat itu pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Schaeffler menyatakan langkah itu diambil susulan persekitaran mencabar yang berterusan dalam industri automotif, kemerosotan pasaran secara umum, persaingan sengit, serta kos buruh yang melebihi paras purata di Jerman.

Pengurangan pekerjaan yang dirancang selesai menjelang 2028 itu mewakili kira-kira lapan peratus daripada tenaga kerja teras syarikat berkenaan yang berjumlah 31,957 pekerja setakat 30 Sept.

Advertisement

Program penstrukturan itu dijangka menjana penjimatan tahunan kira-kira €300 juta (US$336 juta) bermula 2030, dengan kos sekali bayar dianggarkan sekitar €480 juta.

--BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement