SINGAPURA: Pemilik syarikat minuman di Singapura, Drinkstar Enterprise, Richard Lim Lian Chye, 70, didenda sebanyak S$3,500 (RM10,700) selepas didapati bersalah menjual air yang dibotolkan menerusi air paip dari tandas syarikat berkenaan.
Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata, tindakan itu dibuat bagi memenuhi permintaan terhadap pembekalan air yang tertunggak oleh syarikat berkenaan.
Hasil siasatan lanjut, SFA berkata, operasi syarikat itu juga dijalankan secara haram kerana tidak mempunyai lesen pembotolan air yang sah.
“Pihak SFA menyedari perkara tersebut selepas mendapat aduan orang ramai dan pada Disember 2019, agensi itu menjalankan siasatan dan menjumpai beberapa botol air kosong dan dispenser air di alamat 55 Serangoon North Avenue 4 iaitu lokasi syarikat itu berada.
"Pembotolan air secara haram di kemudahan tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan," katanya yang dipetik laporan The Straits Times pada Khamis.
Dalam pada itu, SFA menambah, pihaknya mengarahkan syarikat berkenaan menghentikan operasi pembotolan air selain perlu menarik balik air yang telah dijual.
“Setakat ini, 15 botol air yang berjumlah 19 liter telah ditarik balik dan disita.
“Semua kemudahan pembotolan air mesti dilesenkan dan memenuhi keperluan SFA serta standard keselamatan makanan,” katanya.
Mereka yang disabitkan dengan kesalahan menjual air botol secara haram boleh didenda sehingga S$5,000 (RM15,300) bagi kesalahan pertama manakala sebanyak S$10,000 (RM30,500) dan penjara tiga bulan atau kedua-duanya bagi keselahan kedua.
Agensi
Thu Mar 04 2021

Menurut SFA, semua kemudahan pembotolan air mesti dilesenkan dan memenuhi keperluan SFA serta standard keselamatan makanan. - Gambar hiasan/Unsplash

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Banjir: TH salur 10,000 kotak makanan, bantu mangsa terkesan seluruh negara
Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) akan menyalurkan 10,000 kotak makanan kepada lebih 50,000 mangsa terjejas banjir di seluruh negara dalam masa terdekat.

Bekalan air terputus: Penduduk P. Pinang buat pembelian panik air mineral
Orang ramai di Pulau Pinang membuat pembelian panik apabila mula membeli air mineral dalam kuantiti yang banyak susulan ketiadaan bekalan air di kawasan kediaman mereka hari ini.

Lebih 30 tahun, air mineral Spritzer kekal relevan
Keunggulan air mineral jenama Spritzer sememangnya diiktiraf sehingga di peringkat antarabangsa.

Pemilik syarikat air didenda kerana jual air paip diambil dari tandas
SFA menegaskan, pembotolan air secara haram di kemudahan tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan.

Aliran trafik di Lebuhraya KL-Seremban sesak susulan kemalangan lori dan empat kenderaan
Kemalangan kira-kira 6.00 pagi itu dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan air mineral dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh empat kenderaan.

Sebak apabila keluarga Rohingya hadiahkan doktor Malaysia dengan sebotol air mineral
Menerima sebotol air mineral 500ml sebagai tanda terima kasih daripada seorang bapa dan menyambut kelahiran sepasang bayi kembar lelaki merupakan antara pengalaman menyentuh hati.

Anak kapal bergantung kepada air mineral semasa hanyut
Air mineral, semangat diri dan ingatan kepada orang tersayang menjadi penguat semangat kepada sembilan anak kapal KD Perdana semasa hanyut selama 51 jam di laut Sabtu lalu.

Hamzah bidas Guan Eng soal beban kewangan berkaitan harga minyak masak
Mengikut perkiraan, jika setiap pengguna menggunakan minyak masak sekilogram yang bersubsidi, maka purata perbelanjaan tidak sampai RM10 untuk lima orang setiap bulan.

Kementerian Kesihatan cadang air mineral dikecualikan GST - Dr Hilmi
Langkah untuk mengecualikannya bertujuan mengalakkan orang ramai supaya berhenti daripada meminum minuman bergula.