KIGALI: Pemimpin Afrika Barat pada Selasa menuntut pengecualian larangan import gandum dan baja dari Rusia, susulan rantaian bekalannya terputus akibat krisis di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.
Berucap pada edisi ke lapan Forum CEO Afrika di Abidjan, Ivory Coast, Presiden Senegal selaku pengerusi Kesatuan Afrika, Macky Sall, berkata pengecualian sekatan kewangan terhadap Moscow oleh negara-negara Eropah untuk meneruskan perdagangan tenaga dengan Rusia juga harus diguna pakai terhadap import Afrika.
"Kami menjadi mangsa keadaan kerana kelemahan ekonomi kami," kata Sall.
Bulan lalu, pemimpin Kesatuan Eropah bersetuju menyekat kebanyakan import minyak Rusia menjelang akhir 2022 tetapi larangan itu hanya melibatkan import minyak melalui laut, bukan minyak yang disalurkan menerusi paip, selepas dibantah Hungary.
Sekatan ke atas eksport gas Rusia ke EU turut ditangguhkan, meskipun rancangan membuka saluran paip gas baharu dari Rusia ke Jerman telah dibekukan.
Sall menegaskan ekonomi Afrika terjejas kerana krisis di Ukraine.
Terdahulu, Presiden Ivory Coast Alassane Ouattara melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan inflasi dan risiko kekurangan beberapa produk seperti gandum di Afrika.
"Kami khuatir, dengan kelembapan pertumbuhan global dan ketersediaan produk tertentu di Afrika seperti gandum, baja dan sudah tentu didorong inflasi," katanya.
Ouattara memuji daya tahan ekonomi Afrika dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan.
Sidang kemuncak ekonomi dua hari berakhir pada Selasa itu menarik penyertaan kira-kira 1,500 ahli perniagaan dan pembuat keputusan dan bertemakan "Kedaulatan, pertumbuhan hijau dan transformasi perindustrian: laluan baharu ke arah kemakmuran Afrika."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022

Macky berkata pengecualian sekatan kewangan terhadap Moscow oleh negara-negara Eropah untuk meneruskan perdagangan tenaga dengan Rusia juga harus diguna pakai terhadap import Afrika. - Foto REUTERS

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Malaysia akan beli gandum, produk berkaitan gandum dari Turkiye - PM
Beberapa syarikat Malaysia telah dikenal pasti untuk membeli gandum dan membuka ladang gandum di negara itu, antaranya Boustead Holdings.

Selangor, Pulau Pinang, Sabah pengimport utama gandum pada Mei 2022 - Perangkaan
Nilai import gandum belum dikilang ke Malaysia pada Mei 2022 meningkat 98.5 peratus tahun ke tahun kepada RM227.5 juta.

Pemimpin Afrika mahu pengecualian embargo import gandum, baja dari Rusia
Pengecualian sekatan kewangan terhadap Moscow oleh negara-negara Eropah untuk meneruskan perdagangan tenaga dengan Rusia juga harus diguna pakai terhadap import Afrika.

UAE hentikan eksport gandum dari India selama empat bulan
Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat susulan perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan.

Bekalan gandum dalam negara mencukupi - KPDNHEP
Bagi bekalan tepung gandum am bersubsidi, pengeluarannya terpaksa dikurangkan di pasaran, disebabkan lonjakan harga di peringkat global.

Malaysia belum sampai ke peringkat krisis makanan - MAFI
Meskipun terdapat sedikit gangguan terhadap bekalan makanan khususnya ayam dan gandum, namun ia tidak menjejaskan bekalan negara.

Dunia berdepan krisis kelaparan yang tidak pernah terjadi sebelum ini - Pakar
Ukraine antara pengeksport gandum utama dunia, menggantung eksportnya akibat operasi ketenteraan Rusia di negara itu.

India sekat eksport gandum, pemain industri jamin bekalan mencukupi di Malaysia
Beberapa syarikat pengeluar tepung dalam negara menjangkakan bekalan bahan itu dalam negara tidak terjejas susulan larangan eksport gandum yang dikenakan India.

India henti eksport gandum berkuat kuasa serta-merta
Larangan eksport memandangkan konflik Rusia-Ukraine telah mengganggu bekalan gandum global dan komoditi utama lain.

Krisis Rusia-Ukraine: Afrika alami kenaikan harga makanan yang tinggi - Pakar
Rusia adalah pengeksport terbesar gandum di dunia, dan Ukraine adalah yang kelima terbesar.