TEHRAN: Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Seyed Mojtaba Hosseini Khamenei, berkata pihak yang disifatkannya sebagai musuh sedang berusaha mencetuskan perpecahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.
Merujuk kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel, beliau mendakwa kedua-dua pihak itu sengaja mengeksploitasi perbezaan kaum, budaya, sosial, ekonomi, politik dan geografi bagi mewujudkan perselisihan dalam kalangan umat Islam, sama ada di Iran mahupun negara Islam lain.
Menurut Mojtaba Khamenei, pihak berkenaan melihat kelemahan perpaduan dalam dunia Islam sebagai peluang untuk mengukuhkan pengaruh mereka di rantau tersebut.
Beliau turut menyentuh isu Palestin dengan mempersoalkan sama ada rakyat Palestin akan terus berdepan tekanan sekiranya negara-negara Islam bersatu dalam mempertahankan hak mereka.
Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin negara Islam, khususnya di rantau Teluk, supaya mengenal pasti pihak yang dianggapnya sebagai musuh serta memahami agenda yang didakwanya sedang dirancang terhadap dunia Islam.
Mojtaba Khamenei berkata AS dan Israel bukan sahaja menunjukkan permusuhan terhadap Iran, malah terhadap umat Islam secara keseluruhan, termasuk di rantau Asia Barat dan Afrika Utara.