PATTANI: Pemimpin-pemimpin Islam di Selatan Thailand meminta delegasi Duta Besar Negara-Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat mewujudkan satu polisi keamanan negara Islam bagi menyelesaikan konflik di negara-negara Islam lain.
Presiden Majlis Agama Islam Wilayah Pattani Abdul Rahman Mat Mincik berkata polisi keamanan berkenaan perlu ada satu resolusi dan jalan penyelesaian untuk mencapai keamanan.
"Sebagai contoh, konflik (puak pemisah Islam) di selatan Thailand tidak pernah selesai sehingga kini dan ia berlaku mengikut musim.
"Diharapkan dalam lawatan OIC ke selatan Thailand dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah pendamaian dan perselisihan faham di seluruh negara Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa program Lawatan Rasmi Duta Besar Negara-Negara OIC ke selatan Thailand ketika ditemui di Masjid Central Pattani, di sini.
Abdul Rahman berkata masyarakat Islam di selatan Thailand bersetuju agar polisi keamanan itu diwujudkan demi menjaga kemashalatan Islam.
"Alhamdulillah, setiap tahun OIC akan mengadakan lawatan di masjid-masjid selatan Thailand untuk mendengar laporan berkaitan urusan pendamaian di lima wilayah selatan negara ini.
"Kami tidak mahu berlaku pergaduhan dan perselisihan faham daripada segi politik, ekonomi mahupun urusan kerja.
"Oleh itu, kami hendak hidup dalam suasana yang sejahtera supaya masyakarat Islam di selatan Thailand dapat menikmati keamanan tanpa sebarang konflik," katanya.
Senada dengan itu, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Yala Dr Ibrahim Yanya meminta delegasi OIC untuk mengambil perhatian serius dalam isu pemuda-pemuda Islam di selatan Thailand yang terlibat dengan masalah pengedaran dadah.
"Pemuda-pemuda Islam di selatan negara ini mempunyai masa depan yang cerah tetapi sayangnya mereka terjebak dengan masalah berkenaan.
"Saya melihat banyak laporan berita di Malaysia bahawa mereka (pemuda Islam selatan Thailand) ditahan kerana mengedar, menyeludup dan turut menjadi penagih dadah," katanya.
Ibrahim berkata delegasi OIC perlu menyuarakan hal berkenaan dan mencari jalan penyelesaian mengekang masalah pengedaran dadah di sempadan Malaysia-Thailand.
Sementara itu, menyentuh mengenai pembangunan masjid-masjid di selatan Thailand, Abdul Rahman berkata Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn banyak membantu berhubung pembangunan masjid-masjid di Pattani.
Menurut beliau, Raja Thailand banyak memberi 'hadiah' dan mengarahkan badan-badan khas untuk membina lebih banyak masjid di Pattani.
"Raja Thailand menyokong usaha imam-imam masjid mengadakan dakwah dan program berkaitan agama Islam.
"Setiap tahun Raja Thailand akan mengadakan lawatan di Masjid Central Pattani dan memberitahu saya bahawa hatinya tenang apabila melihat masjid itu," katanya
Lawatan ke Wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat itu disertai delegasi dari Malaysia, Brunei, Mesir, Nigeria, Pakistan, Maldives, Iran serta Indonesia yang bermula dari 11 hingga 13 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024
![Pemimpin Islam Selatan Thailand minta delegasi OIC wujud polisi keamanan negara Islam Pemimpin Islam Selatan Thailand minta delegasi OIC wujud polisi keamanan negara Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718187252_MasjidJamekPattani.jpg)
Masyarakat Islam di selatan Thailand bersetuju agar polisi keamanan itu diwujudkan demi menjaga kemashalatan Islam. - Bernama
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739945582_jururawatmaut.jpg)
Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
![Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739943723_tbAmirudinShari.jpg)
Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
![Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940327_TBKillerWhales.jpg)
Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.
![Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739940618_mayat.jpg)
Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.
![Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739942591_StevenSimCheeKeon.jpg)
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
![Persidangan Ulama Sedunia fokus peranan pemimpin agama memelihara keamanan - Mohd Na'im Persidangan Ulama Sedunia fokus peranan pemimpin agama memelihara keamanan - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Persidangan Ulama Sedunia fokus peranan pemimpin agama memelihara keamanan - Mohd Na'im
Persidangan itu akan menjadi wadah bagi membincangkan peranan pemimpin agama dunia dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat.
![Humza Yousaf pemimpin Islam pertama terajui Scotland Humza Yousaf pemimpin Islam pertama terajui Scotland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680062330_HumzaYousaf.jpg)
Humza Yousaf pemimpin Islam pertama terajui Scotland
Pelantikan itu sekali gus menyaksikan Humza menjadi pemimpin termuda dan Muslim pertama menerajui kerajaan di Eropah barat.
![Sultan Johor kecewa tindakan pemimpin berebut kuasa ketika rakyat susah Sultan Johor kecewa tindakan pemimpin berebut kuasa ketika rakyat susah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608563039_SultanJohor.jpg)
Sultan Johor kecewa tindakan pemimpin berebut kuasa ketika rakyat susah
Sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan, titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
![PM Singapura harap dapat umum keputusan berkaitan isu tudung Ogos ini PM Singapura harap dapat umum keputusan berkaitan isu tudung Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618088900_LeeHsienLoong.jpg)
PM Singapura harap dapat umum keputusan berkaitan isu tudung Ogos ini
Lee Hsien Loong mengakui beliau telah duduk berbincang secara jujur, terus terang dan penuh bersemangat dengan pemimpin Melayu/Islam Singapura.
![Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576634520_TBKLSUMMIT.jpg)
Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung
Sidang kemuncak berkenaan, antara lain, membincangkan dan mencari jalan penyelesaian baharu terhadap masalah menimpa dunia Islam serta memperbaiki keadaan umat Islam dan negara Islam.
![Hukum undi dan lantik pemimpin bukan Muslim dalam pilihan raya adalah harus - Mufti Wilayah Hukum undi dan lantik pemimpin bukan Muslim dalam pilihan raya adalah harus - Mufti Wilayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71511708598_Mufti.jpg)
Hukum undi dan lantik pemimpin bukan Muslim dalam pilihan raya adalah harus - Mufti Wilayah
Beberapa faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan mengundi dan memilih dalam pilihan raya.