ANKARA: Pemimpin Turkiye, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Sweden dan Finland akan mengadakan sidang kemuncak di Madrid minggu ini sebagai sebahagian daripada sidang kemuncak NATO, lapor Agensi Anadolu pada Ahad.
"Pada Selasa, atas permintaan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg, sidang kemuncak itu akan diadakan di Madrid dengan penyertaan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
"Penyertaan kami dalam sidang kemuncak ini tidak bermakna kami akan mengubah pendirian kami," memetik jurucakap presiden Turkiye, Ibrahim Kalin.
Beliau berkata setakat ini pegawai Turkiye telah mengadakan dua pertemuan dengan rakan sejawatan mereka dari Sweden dan Finland untuk membincangkan permohonan keahlian NATO kedua-dua negara.
Kalin berkata beliau dan Timbalan Menteri Luar Turkiye Sedat Onal akan mengadakan lawatan rasmi ke Brussels pada Isnin untuk rundingan pusingan ketiga.
Rundingan pusingan keempat juga akan diadakan menjelang sidang kemuncak di Madrid.
Turkiye menjangkakan Sweden dan Finland mengambil pendirian yang jelas dan tidak berbelah bahagi terhadap kumpulan pengganas PKK/PYD/YPG dan gabungan itu, kata Kalin.
Sidang kemuncak NATO akan berlangsung dari Selasa hingga Khamis, dengan rundingan dijangka tertumpu kepada tindakan NATO berhubung perang di Ukraine serta petisyen Finland dan Sweden untuk menyertai perikatan itu.
Sidang kemuncak tahun ini mencatat sejarah tersendiri kerana perikatan itu akan menerima pakai konsep strategik baharu, dengan membentangkan tujuan dan rancangan NATO untuk masa akan datang.
Sweden, bersama-sama Finland, secara rasmi memohon menyertai NATO bulan lalu, suatu keputusan yang didorong akibat operasi ketenteraan Rusia terhadap Ukraine sejak 24 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022

Sidang kemuncak NATO di Madrid itu akan turut disertai Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

TUDM terima pesawat tanpa pemandu dari Turkiye tahun ini
TUDM dijangka mula menerima sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) "ANKA" buatan Turkiye yang diperoleh pada Mei 2023, dalam tahun ini.

Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Maritim Malaysia bakal terima kapal induk baharu buatan Turkiye, beroperasi 2027
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menerima sebuah kapal induk baharu buatan Turkiye yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027.

Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.

Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".

Turkiye seru bantuan lebih kukuh, penyelesaian berkekalan bagi Palestin dan Syria
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyeru bantuan kemanusiaan yang lebih kukuh untuk Gaza dan Syria.

Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.

Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.

Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.