LONDON: Seorang pemuda di Britain nekad 'mengiklankan' dirinya sendiri di papan iklan gergasi demi untuk mencari bakal isteri.
Birmingham Live melaporkan lelaki berketurunan Pakistan, Muhammad Malik, 29, dari London turut menghasilkan laman web Findmalikawife.com dan membeli beberapa papan iklan dengan harapan untuk bertemu bakal pasangan hidupnya.
Usahawan berusia 29 tahun itu turut berseloroh 'iklan' tersebut dapat menyelamatkannya daripada perkahwinan diatur keluarga.
"Saya masih belum menemui gadis sesuai. Saya terpaksa menggunakan kaedah ini," ujarnya menerusi laman web yang direka khas itu.
Difahamkan, Malik turut menetapkan kriteria wanita idamannya termasuk seorang Muslim berusia dalam lingkungan 20-an.
"Saya terbuka untuk menerima bakal isteri daripada etnik lain namun keluarga saya berpegang kuat kepada tradisi dan agama. Oleh itu, saya perlu mengekalkannya," jelasnya.
Sejak wajahnya terpapar di papan iklan pada Sabtu, Malik mendakwa dia telah menerima ratusan mesej.
"Saya belum sempat membaca kesemuanya," katanya.
Menurutnya lagi, dia pernah mencuba beberapa kaedah lain termasuk aplikasi temu janji untuk mencari bakal permaisuri hidupnya sebelum idea 'mengiklankan diri' itu dicadangkan oleh seorang temannya.
"Saya individu kreatif dan suka mencuba perkara yang mungkin dianggap tidak masuk oleh segelintir individu," katanya.
Papan iklan tersebut akan dipaparkan sehingga Jumaat depan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Jan 05 2022

Muhammad Malik 'mengiklan' dirinya sendiri di papan iklan gergasi untuk mencari bakal isteri. - Foto Agensi

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."

Usia hampir cecah 50 tahun, ini sebab Azhan Rani membujang lagi!
Azhan berkata, dia lebih suka memberi tumpuan kepada kerjaya seninya serta dalam masa yang sama sedang menjaga ibunya yang uzur.

'Jodoh mungkin tak ada di dunia, kat sana nanti dapat bidadari' - Zarina Zainuddin
Zarina mengakui anak nombor dua dari empat beradik ini sememangnya ada keinginan untuk berkahwin.

'Anak-anak saya selesa' - Shuib dalam fasa berkawan dengan Watie
Akui Keluar Dinner Bersama, Shuib Dalam Fasa Berkawan Dengan Watie - -Anak-Anak Saya Selesa-

"Carikanlah untuk kita" - Ziana Zain berbicara tentang jodoh
Setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain memohon doa agar diberikan yang terbaik.

"Belum ada pasangan, tapi Tuhan beri rezeki dalam bentuk lain" - Sufian Suhaimi
Sufian serah pada takdir dan ketentuan Allah SWT berhubung jodohnya.

Pemuda guna papan iklan cari jodoh
Usahawan berusia 29 tahun itu turut berseloroh 'iklan' tersebut dapat menyelamatkannya daripada perkahwinan diatur keluarga.

Bekas KPN tamat zaman duda
Mohamad Fuzi selamat bergelar suami kepada Noraesyah dengan sekali lafaz selepas diijabkabulkan di sebuah masjid di Seri Manjung, Manjung pada jam 11 pagi, Sabtu.

'Ini perkahwinan ke-3 saya' - Isteri baru Da'i Farhan dedah cinta tiga hari di Makkah!
Ramai yang tak tahu ...

Kalau jodoh tak ke mana... Meriahnya acara perkahwinan beramai-ramai di Kuantan!
Mohd Asri berkata beliau tidak menyangka akan bertemu jodoh untuk kali kedua selepas kematian isterinya setahun yang lepas.