RAMALLAH: Seorang peneroka haram Yahudi menikam warga Palestin sehingga maut di Tebing Barat yang dijajah Israel pada Selasa, kata kementerian kesihatan Palestin.
"Lelaki itu ditikam terus di bahagian jantung oleh seorang peneroka (haram Yahudi)", kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Pemuda Palestin yang meninggal dunia selepas ditikam itu dikenali sebagai Ali Harb, 27.
Sepupu Harb, Firas Naim, memberitahu AFP bahawa terdapat anggota-anggota keselamatan Israel ketika dia dibunuh.
Naim berkata, dia dan ahli keluarganya termasuk Harb pergi ke lokasi kejadian setelah mendengar terdapat peneroka haram Yahudi sedang mendirikan khemah.
Setelah tiba, kata Naim, mereka berhadapan dengan anggota-anggota tentera Israel dan pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan ke udara.
“Selepas mereka melepaskan tembakan di udara, beberapa peneroka melakukan serangan. Kami hanya berdiri di sana dan seorang peneroka datang dan menikamnya dengan pisau tanpa sebab,” kata Naim.
Menurutnya, anggota-anggota tentera Israel menghalang Palestin daripada menghampiri Harb selepas dia cedera akibat ditikam. - Agensi
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 22 2022
Pemuda Palestin meninggal dunia akibat ditikam peneroka Yahudi. - Sinar Harian
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Pemuda Palestin maut ditikam peneroka haram Yahudi
Seorang peneroka haram Yahudi menikam warga Palestin sehingga maut di Tebing Barat yang dijajah Israel pada Selasa, kata kementerian kesihatan Palestin.