THE HAGUE: Seorang lelaki Belanda berusia 18 tahun yang menceroboh bangunan Parlimen Belanda minggu lalu dengan bersenjatakan pisau disyaki merancang pembunuhan, menurut pihak pendakwa raya Belanda dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pejabat pendakwa raya mengesahkan bahawa sasaran suspek masih belum diketahui.

Suspek ditahan oleh Royal Netherlands Marechaussee di lobi bangunan itu pada Khamis, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku apabila penceroboh bertindak memanjat pagar akses, mencetuskan tindak balas segera daripada pasukan keselamatan.

Insiden itu menyebabkan bangunan Dewan Perwakilan Belanda terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi tujuan keselamatan.

-- BERNAMA