Skip to main content

Dunia

Pendaki selamat dipindahkan susulan kebakaran hutan Gunung Semeru

MASSIVE FOREST FIRE STRIKES SEMERU HIKING TRAIL RANU KUMBOLO!   Thursday, August 27, 2026  Emergency reports have been received from the Bromo Tengger Semeru National Park area. A massive forest and land fire has been reported sweeping through the area around the Mount Semeru hiking trail, approaching the iconic Ranu Kumbolo area and its surroundings.
Kebakaran tertumpu di kawasan Pangonan Cilik di sepanjang laluan pendakian Gunung Semeru, dengan petugas daripada beberapa agensi meneruskan operasi memadam kebakaran dan membina penghalang api. - X @indepenSumatera
Advertisement

JAKARTA: Kira-kira 170 pendaki yang berkhemah di Gunung Semeru di wilayah Jawa Timur, Indonesia selamat dipindahkan ketika anggota bomba terus bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan di sepanjang laluan pendakian gunung itu.

Taman Negara Bromo Tengger Semeru (TNBTS) memaklumkan semua pendaki selamat tiba di Ranupani, pintu masuk utama bagi pendakian Gunung Semeru pada kira-kira 2.30 petang waktu tempatan Khamis.

“Semasa perjalanan turun, pendaki diiringi pemandu pendakian Gunung Semeru berdaftar dan pegawai TNBTS yang ditempatkan di sepanjang laluan,” menurut TNBTS dalam hantaran terkini di media sosial.

Pendaki yang dipindahkan itu sebelum ini berkhemah di Ranu Kumbolo, tapak perkhemahan yang ditetapkan di Gunung Semeru, menurut agensi berita Indonesia Antara.

TNBTS memaklumkan kebakaran tertumpu di kawasan Pangonan Cilik di sepanjang laluan pendakian Gunung Semeru, dengan petugas daripada beberapa agensi meneruskan operasi memadam kebakaran dan membina penghalang api bagi mengelakkan kebakaran daripada merebak meskipun berdepan angin kencang dan bentuk muka bumi yang curam.

Pihak berkuasa itu pada Rabu mengumumkan denai kembara Gunung Semeru ditutup sepenuhnya selepas kebakaran dikesan berhampiran laluan berkenaan, dengan penutupan itu kekal berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak bagi memudahkan operasi memadam kebakaran dan memastikan keselamatan pengunjung.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement