Skip to main content

Dunia

Pendakwa raya EU buka siasatan baharu kes penipuan membabitkan landasan kereta api berkelajuan tinggi Sepanyol

Ddua kereta api berkelajuan tinggi bertembung antara bandar Mora dan Orgaz, berhampiran Toledo, Sepanyol, pada 29 Oktober 2026 yang meragut nyawa 69 orang.  - Gambar fail/ Reuters
Ddua kereta api berkelajuan tinggi bertembung antara bandar Mora dan Orgaz, berhampiran Toledo, Sepanyol, pada 29 Oktober 2026 yang meragut nyawa 69 orang. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

BRUSSELS: Pejabat Pendakwa Raya Eropah (EPPO) memaklumkan pada Jumaat pihaknya membuka siasatan kedua berhubung dakwaan penipuan membabitkan dana Kesatuan Eropah (EU) bagi projek landasan kereta api berkelajuan tinggi Madrid-Seville di Sepanyol, susulan nahas maut bulan lepas, lapor Anadolu Ajansi.

Siasatan terbaharu itu melibatkan pembiayaan bagi kerja pengubahsuaian dan penaiktarafan sistem keselamatan, isyarat serta komunikasi di sepanjang laluan berkenaan.

Langkah penyiasatan sedang dijalankan melibatkan pengendali infrastruktur kereta api ADIF, Agensi Keselamatan Kereta Api Negara dan Mahkamah Audit Sepanyol, menurut pejabat pendakwa raya itu.

Advertisement

Pejabat berkenaan memaklumkan yang pihaknya mengesahkan siasatan itu susulan kepentingan awam yang tinggi, namun tidak akan mendedahkan maklumat lanjut pada peringkat ini.

Siasatan itu menyusuli perlanggaran pada 28 Okt berhampiran Urda, di Wilayah Toledo, yang meragut nyawa 69 orang. 

Advertisement

Ia merupakan bencana besar kedua membabitkan laluan berkenaan pada tahun ini, selepas perlanggaran pada Januari berhampiran Adamuz, di selatan Sepanyol, mengorbankan 46 orang.

Satu siasatan berasingan dibuka pada Mac 2026 berhubung dakwaan penipuan membabitkan kerja penyelenggaraan satu bahagian landasan berhampiran Adamuz.

Menteri Pengangkutan Sepanyol, Oscar Puente meletakkan jawatan pada Selasa dengan menyatakan beliau tidak boleh terus memegang jawatan itu selepas dua nahas serius berlaku dalam tempoh kurang setahun. Presiden ADIF turut meletakkan jawatan minggu ini.

Dalam perkembangan berasingan, bekas Menteri Pengangkutan, Jose Luis Abalos yang berkhidmat dari 2018 hingga 2021, dijatuhi hukuman penjara 24 tahun tiga bulan pada Jun dalam kes rasuah membabitkan kontrak pembekalan pelitup muka ketika pandemik.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement