LEIGH-ON-SEA: Penduduk di Leigh-on-Sea iaitu sebuah daerah di United Kingdom, bertafakur seketika bagi memberikan penghormatan terakhir kepada David Amess, Ahli Parlimen Southend West, yang maut ditikam dalam kejadian serangan pada Jumaat lepas.
Ia genap seminggu selepas kejadian itu.
Amess yang berusia 69 tahun, maut selepas ditikam beberapa kali menggunakan pisau ketika mengadakan pertemuan di sebuah gereja di daerah itu.
Amess ketika kejadian sedang mengadakan pertemuan dengan penduduk di Belfairs Methodist Church sebelum didatangi seorang lelaki yang menyerangnya dengan pisau.
Suspek yang berusia 25 tahun berjaya ditahan dan akan disabitkan dengan kesalahan membunuh dibawah undang-undang negara itu.
Kejadian itu mengejutkan seluruh negara dan sekali gus membangkitkan kesedaran terhadap keganasan dan ekstremisme.
Ini adalah kejadian pembunuhan kedua melibatkan ahli politik negara itu sejak lima tahun lepas, yang mana seorang ahli Parti Buruh turut maut akibat ditikam.
Astro Awani
Fri Oct 22 2021

Penduduk Leigh-on-Sea meletakkan jambangan bunga di hadapan Kelab Iveagh bagi memberi penghormatan terakhir kepada David Amess yang terkorban dalam serangan pada Jumaat lepas. - Foto REUTERS

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penduduk beri penghormatan terakhir kepada David Amess
Penduduk di Leigh-on-Sea bertafakur seketika bagi memberikan penghormatan terakhir kepada David Amess.