Satu pasukan arkeologi di bahagian barat laut China menemukan ratusan fosil telur Pterosaur sekali gus membuka lembaran pemahaman baharu tentang spesies reptilia terbang tersebut yang hidup bersama spesies dinosour yang berjalan di daratan.
Para saintis pada Khamis lalu berkata, mereka telah menemui 215 biji telur bagi Hamipterus tianshanensis – iaitu spesies Pterosaur yang memiliki bentuk tengkorak panjang yang 'berjambul’, bergigi tajam dan sayap sepanjang lebih daripada 3.5 meter.
Selain itu, sejumlah 16 biji fosil telur yang mengandungi embrio juga ditemukan.
Semua fosil Hamipterus jantan dan betina dewasa itu dijumpai bersama fosil anak-anak dan telur di tapak ekskavasi Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang.
Penemuan fosil itu mengukuhkan bukti sifat dan kewujudan haiwan zaman Cretaceous tersebut yang hidup pada 120 juta tahun lalu.
“Kami mahu menggelarkan wilayah ini sebagai Pterosaur Eden (Taman Syurga Pterosaur),” ujar ahli paleontologi Shunxing Jiang dari Akademi Sains, Institut Paleontologi dan Paleoantropologi Vertebrata China.
Pterosaur adalah haiwan bertulang belakang pertama yang boleh terbang di Bumi. Burung dan kelawar muncul pada zaman terkemudian.
Sebelum ini, belum ada telur Pterosaur yang dijumpai bersama embrio yang terawet dalam tiga dimensi. Pasukan penyelidik menganggarkan 300 biji telur bakal didapatkan, dengan sebahagiannya dipercayai masih tertanam di tapak cari gali itu.
Agensi
Fri Dec 01 2017
Ratusan telur pterosaur spesies Hamipterus tianshanensis ditemui pasukan arkeologi di barat laut China. - Reuters
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Arca Buddha di Bukit Choras simbol kemajmukan wujud berabad lamanya di Kedah - Penyelidik
Penemuan arca buddha berbentuk manusia di Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras menunjukkan kemajmukan budaya dari pelbagai latar belakang telah wujud sekian lamanya di bumi Kedah.
Tulang manusia berusia 1.4 juta tahun ditemukan di Burgos, Sepanyol
Tulang-tulang itu, ditemukan di dalam gua di tapak penggalian Sierra de Atapuerca berhampiran Burgos pada akhir Jun.
5 perkara tentang Karahantepe, wajah terbaharu warisan arkeologi
Turki sekali lagi berada di bawah lampu sorot dunia dengan penemuan tapak arkeologi manusia Zaman Batu Baharu atau Neolitik iaitu Karahantepe.
Gobeklitepe 'syurga' terbaharu ahli arkeologi
Ia mungkin tidak semasyhur Piramid Giza di Mesir mahupun Stonehenge di England, tetapi Gobeklitepe di Sanliurfa, Turki adalah sebuah projek impian atau syurga buat ahli arkeologi serata dunia.
Kilang minuman keras dipercayai tertua dunia dijumpai di tapak arkeologi Mesir
Kewujudan kilang bir itu pernah disebut ahli arkeologi British pada awal 1900-an, namun mereka tidak dapat menentukan lokasinya.
Rangka manusia purba Gua Niah Sarawak akan dibawa pulang dari Florida, AS
Rombongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak akan berlepas ke Florida, Amerika Syarikat minggu hadapan bagi bawa pulang 122 tulang pra-sejarah yang ditemui di Gua Niah pada 1966.
Najis manusia paling mahal di dunia dilengkapi perlindungan insurans
Najis berkenaan berharga AS$39,000 bersamaan RM161,405 selain ia lengkap dilindungi insurans.
Mesir dedah penemuan 50 mumia di tapak kubur usang
Penemuan itu termasuk 12 mumia kanak-kanak di dalam empat ruang pengebumian sedalam 9 meter di tapak bersejarah berkenaan.
Rangka remaja perempuan prasejarah dijumpai di Gua Chawan, Kelantan
Rangka manusia prasejarah yang dipercayai remaja perempuan berumur antara 6,000-8,000 tahun dijumpai di tapak Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Kelantan pada 2 November lalu.
Machu Picchu dinobat sebagai tarikan pelancong terkemuka dunia buat kali kedua
Negara Inca tersebut turut menggondol dua lagi anugerah iaitu Destinasi Kulinari Terkemuka Dunia (buat kali ketujuh) dan Destinasi Kebudayaan Terkemuka Dunia.