Skip to main content

Dunia

Pengeluaran minyak OPEC+ cecah 34.53 juta tong sehari pada Julai - IEA

FILE PHOTO: A model of an oil pump is seen in front of the OPEC logo in this illustration taken January 9, 2026. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo
Jumlah itu masih 6.02 juta tong sehari lebih rendah berbanding gabungan kuota kumpulan berkenaan. - Reuters
Advertisement

MOSCOW: Negara OPEC+ yang melaksanakan pengurangan pengeluaran secara sukarela meningkatkan pengeluaran minyak sebanyak 1.52 juta tong sehari pada Julai kepada 34.53 juta tong sehari, menurut laporan terbaharu Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Jumlah itu masih 6.02 juta tong sehari lebih rendah berbanding gabungan kuota kumpulan berkenaan.

Menurut laporan berkenaan, pengeluaran minyak oleh 17 pihak yang terlibat dalam perjanjian OPEC+, tidak termasuk Mexico, Iran, Libya dan Venezuela, meningkat kepada 28.06 juta tong sehari dalam tempoh itu.

Bagaimanapun, selepas mengambil kira pengurangan pengeluaran secara sukarela oleh tujuh negara serta jadual pampasan masing-masing, paras sasaran pengeluaran bagi Julai adalah 34.08 juta tong sehari.

Ini bermakna pengeluaran sebenar OPEC+ sebanyak 34.53 juta tong sehari adalah 0.45 juta tong sehari melebihi paras sasaran yang telah diselaraskan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement