GENEVA: Bilangan pengguna dadah global telah meningkat hampir satu perempat dalam tempoh sedekad, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pejabat PBB Bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) di Vienna dalam laporannya yang dikeluarkan pada Ahad turut menyuarakan kebimbangan mengenai penyebaran dadah sintetik serta kawasan bermasalah seperti Ukraine dan Afghanistan.
Pada 2011-2021, jumlah pengguna dadah meningkat daripada anggaran 240 juta kepada 296 juta -- peningkatan sebanyak 23 peratus, lapor Agensi Anadolu.
Menurut agensi PBB itu, kira-kira separuh daripada peningkatan ini disebabkan oleh pertumbuhan penduduk dunia. Jumlah orang yang mengalami ketagihan dadah atau penyakit meningkat 45 peratus kepada 39.5 juta dalam tempoh itu.
UNODC memberi amaran tentang percambahan dadah seperti methamphetamine, amphetamine, fentanyl dan banyak bahan baharu dibangunkan di pasaran.
"Pengeluaran ubat sintetik murah, mudah dan cepat," menurut UNODC.
Sektor perniagaan narkotik yang sangat fleksibel ini menyukarkan pihak berkuasa mengesan kerana tidak seperti kokain dan heroin, ia tidak terikat dengan kawasan pertumbuhan dan kitaran pertumbuhan tertentu.
Oleh itu UNODC memantau keadaan di Ukraine khususnya lokasi 79 makmal amphetamine, jumlah tertinggi di dunia, telah ditutup oleh pihak berkuasa pada tahun sebelum perang bermula, katanya.
Sejak pencerobohan Rusia pada awal 2022, jumlah rampasan dadah sintetik di Ukraine telah meningkat, manakala pasaran untuk bahan tersebut di negara jiran telah berkembang yang merupakan kesan akibat perang, kata Ketua Penganalisis UNODC Angela Me.
Di Afghanistan, UNODC melihat tanda-tanda penurunan dalam pengeluaran candu di bawah pemerintahan Taliban, namun pakar dadah PBB menegaskan bahawa Afghanistan bukan sahaja pengeksport utama candu dunia dan komoditi heroin, bahkan telah menjadi pengeluar utama methamphetamine.
"Badan pemantau dadah PBB juga bimbang tentang pertumbuhan berterusan pasaran kokain yang menyaksikan pasaran global dengan permintaan menjurus kepada lebih banyak bekalan dan bekalan membawa kepada lebih banyak permintaan," kata Me.
Sejumlah 2,300 tan metrik kokain dihasilkan pada 2021, katanya.
Bagaimanapun, opioid -- opiat semula jadi dan varian tiruannya -- dan kanabis terus menyumbang kepada kebanyakan kes ketagihan dan penyakit, menurut UNODC, dengan hampir 70 peratus daripada 128,000 kematian akibat dadah pada 2019 disebabkan penggunaan opioid, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
Menurut UNODC, opioid - opiat semula jadi dan varian tiruannya - dan kanabis terus menyumbang kepada kebanyakan kes ketagihan dan penyakit, - Gambar hiasan
Gencatan senjata: Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian bermula
Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah bermula, lapor Agensi Anadolu.
Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.
Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.
PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS, namun, Musk sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.
Washington tidak iktiraf ICC, waran tangkap buat Netanyahu tiada makna
Amerika Syarikat tidak mempunyai kewajipan untuk menahan Netanyahu, bahkan mengecam keras tindakan ICC.
Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.
Netanyahu tiba di White House untuk bertemu Trump
Kunjungan Netanyahu ke White House menjadikan beliau pemimpin asing pertama yang melawat AS dalam penggal kedua pentadbiran Trump.
Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula
Tumpuan rundingan kali ini adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tindakan Israel di Tebing Barat adalah 'jenayah' - Pelapor Khas PBB
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Palestin Francesca Albanese, menyifatkan tindakan Israel di Tebing Barat sebagai "jenayah,".
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
Ketua PBB gesa bantuan luar AS diteruskan susulan pengumuman Trump
Ketua PBB menyuarakan kebimbangan berhubung pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai pembekuan bantuan baharu kepada negara lain.
Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.
AI tidak boleh ganti elemen pembelajaran manusia yang penting - Ketua PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Jumaat berkata bahawa kecerdasan buatan (AI) tidak boleh menggantikan elemen penting manusia dalam pembelajaran.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.