KUALA LUMPUR: Wartawan, pengkritik fesyen yang juga pengarang majalah US Vogue, André Leon Talley dilaporkan meninggal dunia pada usia 73 tahun.
Memetik laporan TMZ, Talley meninggal dunia disebabkan penyakit yang tidak diketahui pada Selasa di sebuah hospital di New York.
Berita kematiannya itu disahkan oleh pengurus penerbitan, David Vigliano.
Beliau merupakan figura serta pelopor dalam dunia fesyen, sering melontarkan komen yang 'pedas' seiring penampilannya yang sering mengenakan pakaian seperti kaftan, topi dan jubah.
Dalam bidang yang diceburinya hampir 60 tahun itu, Talley sering menggunakan kepakarannya dalam menjuarai industri itu sama ada di pentas peragaan atau di belakang tabir.
Antara rakan rapat yang turut meluahkan rasa sedih akibat berita duka itu adalah pereka fesyen, Diane von Furstenberg dan penulis skrip, Jeremy O'Harris.
Dilahirkan pada 1948 dan membesar di North Carolina, Talley sempat berkongsi cerita dalam bidang yang amat diminat menerusi sebuah memoir, The Chiffon Trenches.
Talley memulakan kerja sebagai pelatih bersama bekas pengarang Vouge, Diana Vreeland di Muzium Kesenian Metropolitan pada 1974.
Agensi
Wed Jan 19 2022
Memetik laporan TMZ, Talley meninggal dunia disebabkan penyakit yang tidak diketahui di sebuah hospital di New York. - Foto AP
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pengkritik fesyen Andre Leon Talley meninggal dunia
Wartawan, pengkritik fesyen yang juga pengarang majalah US Vogue, Andr Leon Talley dilaporkan meninggal dunia pada usia 73 tahun.