SPEAKER Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi menggesa diadakan boikot diplomatik terhadap Sukan Olimpik musim sejuk di Beijing pada 2022.
Tindakan diambil sebagai mengkritik China susulan pelanggaran hak asasi manusia berkaitan isu etnik di Uighur.
"Kita tidak boleh teruskan Olimpik seolah-olah tidak ada apa yang salah di China," katanya di Washington pada Selasa.
Beliau turut menyifatkan mana-mana pemimpin yang hadir menyokong sukan itu sebagai hilang 'kewibawaan moral'.
"Jika pemimpin-pemimpin negara pergi ke China ketika genosid terus terjadi ketika ini, di mana kewibawaan moral anda untuk bercakap mengenai hak asasi manusia?
"Adakah kita akan hormati kerajaan China yang mengamalkan genosid? Jagalah maruah atlet anda di negara sendiri.
"Mari kita adakan boikot diplomatik jika Olimpik ini terus diadakan. Kita tidak boleh berdiam mengenai isu ini," katanya.
Penggubal undang-undang di AS banyak menyuarakan hasrat memboikot Sukan Olimpik yang dijadual pada Februari dan mengecam mana-mana syarikat negara itu yang berdiam diri mengenai isu berkenaan.
Sebelum ini, Jabatan Negara AS mengklasifikasikan isu di Uighur itu sebagai jenayah pembunuhan kaum atau genosid.
Berdasarkan laporan panel bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2018, sekurang-kurangnya 1 juta orang Muslim Uighur ditahan di kem di wilayah Xinjiang, China.
Namun, Beijing menggambarkan ia sebagai pusat latihan vokasional untuk membasmi keganasan dan menolak tuduhan penyalahgunaan dan pembunuhan beramai-ramai.
Astro Awani
Wed May 19 2021
Pelosi (kanan) bercakap mengenai Akta Jenayah Kebencian pada sidang media di Washington, 18 Mei, 2021. (Foto AP)
Trump lancar projek mega AI AS$500 bilion dengan Openai, Softbank, Oracle
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan inisiatif pelaburan kecerdasan buatan (AI) besar-besaran bernilai AS$500 bilion.
Tiada unsur buli dalam kes kematian doktor pakar Hospital Lahad Datu - PPKLD
Pasukan Petugas Khas Lahad Datu (PPKLD) merumuskan tiada isu buli dalam kes kematian doktor pakar Hospital Lahad Datu yang didakwa dibuli ketua jabatan, kata Pengerusinya, Tan Sri Borhan Dolah.
#AWANInews
#AWANInews
Ketua tentera Israel letak jawatan akibat serangan Hamas
Ketua tentera Israel, Herzi Halevi, mengumumkan akan meletak jawatan pada 6 Mac sebagai tanda bertanggungjawab atas kegagalan keselamatan semasa serangan Hamas dari Gaza pada 7 Oktober 2023.
Halevi, yang dijangka berundur selepas peristiwa berdarah dalam sejarah Israel itu, menyatakan bahawa beliau akan menyelesaikan siasatan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengenai serangan tersebut dan meningkatkan kesiapsiagaan IDF menghadapi cabaran keselamatan.
Halevi, yang dijangka berundur selepas peristiwa berdarah dalam sejarah Israel itu, menyatakan bahawa beliau akan menyelesaikan siasatan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengenai serangan tersebut dan meningkatkan kesiapsiagaan IDF menghadapi cabaran keselamatan.
Jepun akan perkukuh pertahanan di Asia Timur
Jepun bertekad untuk terus memperkuatkan keupayaan pertahanannya berikutan situasi keselamatan yang semakin mencabar di Asia Timur, menurut Menteri Luar Jepun dalam satu pertemuan di Washington.
Menteri Luar Jepun, Takeshi Iwaya menegaskan bahawa Jepun tidak mempunyai pilihan selain terus meningkatkan keupayaan pertahanannya untuk menghadapi cabaran keselamatan serantau.
Menteri Luar Jepun, Takeshi Iwaya menegaskan bahawa Jepun tidak mempunyai pilihan selain terus meningkatkan keupayaan pertahanannya untuk menghadapi cabaran keselamatan serantau.
Penduduk DUN Paloh desak pembinaan balai bomba baru
Lebih 20,000 penduduk DUN Paloh, Kelantan, mohon kerajaan bina balai bomba untuk elak kerugian besar dalam kebakaran dan kecemasan.
PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 PGA ketika menjalankan Op Taring Wawasan kira-kira 2.30 pagi.
Kes pukul OKU: Peguam tuntut hukuman lebih berat
Peguam Khairul Amin Abdullah gesa suspek kes pukul OKU di Chukai dituduh di bawah seksyen lebih berat demi keadilan mangsa, Ahmad Nor Al Faizan.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat pada 5.30 petang dan melalui siasatan awal mendapati terdapat lima individu bersaudara ke kawasan pantai untuk mandi sebelum dihanyutkan.
Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P
Pengasuh bayi didakwa menganiaya hingga sebabkan kematian
Chia Muy Hoong, 61 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas tuduhan menganiaya bayi 9 bulan sehingga maut di Mersing bulan lalu.
Penindasan Uighur: AS gesa boikot Sukan Olimpik 2022 China
Tindakan diambil sebagai mengkritik China susulan pelanggaran hak asasi manusia berkaitan isu etnik di Uighur.