YANGON: Seorang pejalan kaki terbunuh apabila pasukan tentera melepaskan tembakan ke arah para pekerja kesihatan di Mandalay pada Khamis sehingga menyebabkan para penunjuk perasaan anti rampasan kuasa melarikan diri ke sebuah masjid untuk mendapatkan perlindungan.
Pada mulanya, tunjuk perasaan di bandar kedua terbesar di Myanmar itu diadakan dalam keadaan aman sebelum bertukar menjadi ganas apabila askar-askar melepaskan tembakan menyebabkan mereka melarikan diri ke sebuah masjid untuk menyelamatkan diri, menurut laporan Sinar Harian.
"Mereka (anggota-anggota tentera) melepaskan tembakan. Mereka menyasarkan kawasan pekarangan Masjid Sule kerana orang ramai yang berada di sana menyembunyikan para penunjuk perasaan," kata seorang saksi.
Seorang lelaki berusia 30 tahun mati ditembak dan sekurang-kurangnya dua orang lagi mengalami kecederaan, kata seorang doktor yang merawat mangsa-mangsa cedera ekoran kejadian tembakan itu.
"Lelaki itu mati akibat ditembak di bahagian belakang badan dan ia (peluru) menembusi dadanya," katanya kepada AFP.
Seorang doktor yang menyertai tunjuk perasaan itu berkata, beliau melihat sejumlah jururawat dan doktor ditangkap dalam kejadian itu.
"Kami terputus hubungan dengan sebahagian anggota perubatan kami," katanya kepada AFP.
Para pekerja kesihatan adalah kumpulan barisan hadapan kakitangan awam yang menentang rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu dan mereka enggan kembali bekerja di bawah pemerintahan tentera.
Pemimpin parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi yang juga bekas Penasihat Negara dan mantan Presiden Myanmar, Win Myint serta beberapa pemimpin NLD turut ditangkap pihak tentera.
Kesemua mereka ditangkap selepas parti NLD menang besar dalam pilihan raya umum di negara itu pada November tahun lalu tetapi pihak tentera mendakwa ia dicemari dengan penipuan namun dinafikan oleh Suruhanjaya Kesatuan Pilihan Raya Myanmar.
Semua kakitangan awam turut menyertai bantahan anti rampasan kuasa tentera menyebabkan bank-bank, sekolah-sekolah, perkhidmatan kereta api dan perniagaan ditutup.
Pada Khamis, media kerajaan melaporkan, sekurang-kurangnya 20 doktor yang membantah rampasan kuasa tentera itu akan didakwa kerana menyebabkan kestabilan dan keamanan terjejas di negara itu.
Sinar Harian
Fri Apr 16 2021

Tunjuk perasaan di Mandalay diadakan dalam keadaan aman sebelum bertukar menjadi ganas apabila askar-askar melepaskan tembakan. - Foto REUTERS
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Utusan Khas ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Setiausaha Agung
Mereka membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, termasuk usaha meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

Sembilan cedera dalam letupan periuk api di selatan Myanmar
Sembilan individu, termasuk kanak-kanak, cedera dalam letupan periuk api di Wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar pada Selasa, lapor akhbar milik kerajaan, The Mirror, pada Rabu, menurut Xinhua.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

'Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar
Teo berkata, dia dipaksa bekerja selama 14 jam sehari dengan tugasan harian menyusun sekitar 10,000 nombor telefon untuk sindiket berkenaan.

29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.

ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.