TOKYO: Seramai 650,000 orang di Jepun menyalahgunakan ubat tanpa preskripsi tahun lepas dengan remaja menjadi kumpulan paling terjejas, menurut satu kajian baharu oleh Kementerian Kesihatan Jepun, lapor Xinhua.
Kira-kira 0.75 peratus penduduk berusia 15 hingga 64 tahun menggunakan ubat belian kaunter (OTC) seperti penahan batuk dan ubat tahan sakit untuk tujuan khayal, lapor Agensi Berita Kyodo, memetik penemuan daripada penyelidikan terkini Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan.
Kajian itu menawarkan pemahaman lebih baik mengenai skop penyalahgunaan ubat dalam kalangan remaja mendedahkan bahawa kira-kira 85,000 remaja atau 1.46 peratus daripada mereka yang berusia 15 hingga 19 tahun menyalahgunakan ubat.
Kadar itu lebih tinggi berbanding mana-mana kumpulan umur lain.
Takuya Shimane, seorang penyelidik di Pusat Neurologi dan Psikiatri Kebangsaan, berkata hasil kajian itu dengan jelas menunjukkan bahawa penyalahgunaan ubat "berpusat pada remaja", lapor Kyodo.
Penemuan itu menekankan keperluan untuk menyemak semula peraturan penjualan ubat dan menyokong mereka yang menyalahgunakan ubat. Kementerian merancang untuk mengehadkan penjualan ubat OTC dalam kuantiti yang banyak kepada individu di bawah umur 20 tahun.
Shimane yang mengetuai kajian itu turut menekankan kepentingan mendidik pelajar sekolah menengah mengenai risiko pengambilan ubat secara berlebihan.
Penyelidikan yang dijalankan antara Oktober dan Disember melalui soal selidik dihantar melalui pos, menerima 3,026 jawapan sah daripada 5,000 penerima.
Buat pertama kali, soal selidik itu bertanya kepada responden sama ada mereka pernah menggunakan dadah tanpa preskripsi melebihi dos yang betul untuk mengubah 'mood' mereka, lapor Kyodo.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024

Penyelidikan yang dijalankan antara Oktober dan Disember melalui soal selidik dihantar melalui pos, menerima 3,026 jawapan sah daripada 5,000 penerima. - Gambar hiasan/Pexel
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

Penyalahgunaan ubat tanpa preskripsi dalam kalangan remaja di Jepun membimbangkan
Seramai 650,000 orang di Jepun menyalahgunakan ubat tanpa preskripsi tahun lepas dengan remaja menjadi kumpulan paling terjejas, menurut satu kajian baharu oleh kementerian kesihatan Jepun.

Lebih 90 peratus responden bimbang gelombang COVID-19
Sebanyak 93 peratus daripada 232 undian menyatakan kerisauan mereka dan selebihnya tujuh peratus tidak berasa takut.

Kes Zahid Hamidi: RM360,000 dana Yayasan Akalbudi untuk soal selidik, kajian pengundi - Saksi
Mahkamah Tinggi turut diberitahu, syarikat berkenaan ditubuhkan bagi program pendaftaran pengundi di lapangan dengan kerjasama UMNO, yang mana pada awal penubuhannya menerima dana daripada parti itu.

22 peratus masyarakat Islam tolak vaksin - Kaji selidik
Kira-kira 22 peratus daripada masyarakat Islam di Malaysia menolak sepenuhnya penerimaan vaksin COVID-19.

Rakyat Malaysia makin banyak habiskan masa dalam kesesakan lalu lintas - Ford
Daripada 1,050 responden Malaysia, 55 peratus berkata mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam kesesakan lalu lintas.