Skip to main content

Dunia

Penyanyi opera disingkir selepas kibar bendera Palestin ketika persembahan

Penyanyi opera Gabriel Sanchez-Ortega disingkirkan daripada baki persembahan Tosca di Calgary Opera selepas mengibarkan bendera Palestin di atas pentas. -Foto Instagram
Penyanyi opera Gabriel Sanchez-Ortega disingkirkan daripada baki persembahan Tosca di Calgary Opera selepas mengibarkan bendera Palestin di atas pentas. -Foto Instagram

Advertisement

Ringkasan AI

  • Penyanyi opera Gabriel Sanchez-Ortega disingkirkan daripada baki persembahan Tosca di Calgary Opera selepas mengibarkan bendera Palestin di atas pentas.
  • Pihak pengurusan Calgary Opera menyatakan tindakan itu melanggar dasar rasmi syarikat dan dilakukan tanpa kebenaran mereka.
  • Watak Cesare Angelotti yang dibawakan Sanchez-Ortega akan digantikan oleh artis lain untuk baki persembahan yang dijadualkan.

OTTAWA: Seorang penyanyi opera disingkirkan daripada baki siri persembahan Tosca di Kanada selepas bertindak mengibarkan bendera Palestin di atas pentas.

Keputusan itu dibuat oleh pihak pengurusan Calgary Opera yang menyifatkan tindakan penyanyi bas-baritone Gabriel Sanchez-Ortega sebagai pelanggaran terhadap dasar rasmi syarikat, lapor Al Jazeera.

Bagaimanapun, Sanchez-Ortega menegaskan menerusi kenyataan terbaharunya bahawa beliau tidak menyesali tindakan solidariti yang dilakukan itu.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku ketika sesi tunduk hormat (curtain call) pada malam pembukaan persembahan opera Tosca karya Giacomo Puccini pada Jumaat lalu.

 

 

Calgary Opera dalam satu kenyataan berkata, protes politik secara individu itu dilakukan tanpa kebenaran dan di luar pengetahuan pihak pengurusan.

Susulan keputusan berkenaan, watak Cesare Angelotti yang dibawakan Sanchez-Ortega akan digantikan oleh artis lain bagi baki persembahan yang dijadualkan.

Watak itu merupakan seorang tahanan politik yang melarikan diri dalam karya asal berkenaan.

Sementara itu, Sanchez-Ortega berkata keputusan pihak pengurusan tersebut mencerminkan keadaan semasa institusi kebudayaan di Kanada.

Beliau bagaimanapun berkata peluang membawakan watak berkenaan dalam produksi itu merupakan satu penghormatan besar buat dirinya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Mengapa Gabriel Sanchez-Ortega disingkirkan daripada baki persembahan Tosca di Calgary Opera? 
    A: Gabriel Sanchez-Ortega disingkirkan kerana mengibarkan bendera Palestin di atas pentas, yang dianggap melanggar dasar rasmi syarikat oleh pihak pengurusan Calgary Opera.
  • Q: Bilakah insiden pengibaran bendera Palestin oleh Sanchez-Ortega berlaku? 
    A: Insiden tersebut berlaku semasa sesi tunduk hormat (curtain call) pada malam pembukaan persembahan opera Tosca pada hari Jumaat lalu.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Calgary Opera selepas insiden tersebut? 
    A: Calgary Opera menggantikan watak Cesare Angelotti yang dibawakan oleh Sanchez-Ortega dengan artis lain untuk baki persembahan yang dijadualkan.
  • Q: Bagaimana reaksi Sanchez-Ortega terhadap keputusan penyingkiran tersebut? 
    A: Sanchez-Ortega menyatakan bahawa beliau tidak menyesali tindakan solidariti yang dilakukan dan menganggap peluang membawakan watak itu sebagai satu penghormatan besar.
  • Q: Apakah penjelasan Calgary Opera mengenai tindakan Sanchez-Ortega? 
    A: Calgary Opera menjelaskan bahawa protes politik secara individu itu dilakukan tanpa kebenaran dan di luar pengetahuan pihak pengurusan.

Must Watch Video

Advertisement