Skip to main content

Dunia

Perancis bakal hadapi protes baharu seluruh negara

Protes besar-besaran dijangka berlangsung sekali lagi di Perancis pada Sabtu, mendorong pihak berkuasa mengekalkan perintah berkurung dan sekatan ke atas perhimpunan selepas perusuh melakukan kemusnahan di beberapa bandar awal bulan ini. - Foto REUTERS/Pedro Nunes
Protes besar-besaran dijangka berlangsung sekali lagi di Perancis pada Sabtu, mendorong pihak berkuasa mengekalkan perintah berkurung dan sekatan ke atas perhimpunan selepas perusuh melakukan kemusnahan di beberapa bandar awal bulan ini. - Foto REUTERS/Pedro Nunes

Advertisement

Ringkasan AI

  • Pihak berkuasa Perancis mengekalkan perintah berkurung dan sekatan perhimpunan susulan protes besar-besaran dijangka berlangsung Sabtu ini.
  • Mahkamah Pentadbiran Paris membenarkan perarakan di pusat bandar, namun pihak berkuasa akan merayu keputusan tersebut dan meningkatkan kehadiran polis.
  • Protes melibatkan ratusan ribu peserta, terutamanya golongan muda, menuntut penambahbaikan sekolah dan membantah kos sara hidup tinggi.
Advertisement

PARIS: Protes besar-besaran dijangka berlangsung sekali lagi di Perancis pada Sabtu, mendorong pihak berkuasa mengekalkan perintah berkurung dan sekatan ke atas perhimpunan selepas perusuh melakukan kemusnahan di beberapa bandar awal bulan ini, lapor agensi berita Jerman dpa.

Susulan kebimbangan lebih banyak pergolakan, Paris mengeluarkan larangan ke atas laluan demonstrasi di pusat ibu negara, meluluskan tunjuk perasaan di lokasi lebih jauh di luar ibu negara.

Perintah berkurung waktu malam setempat akan dikenakan semula di lokasi pusat.

Advertisement

Bagaimanapun, Mahkamah Pentadbiran Paris memutuskan bahawa perarakan antara Place de la Bastille dan Place de la Nation di pusat bandar boleh diteruskan, lapor media Perancis.

Menteri Dalam Negeri Laurent Nunez berkata rayuan akan dibuat terhadap keputusan itu. Nunez berkata akan terdapat kehadiran polis yang besar di jalanan, dengan alasan risiko pada ketenteraman awam dan bahaya kerosakan harta benda bagi premis perniagaan.

Advertisement

Pihak berkuasa sekali lagi menjangkakan ratusan ribu peserta pada protes itu.

Hujung minggu lepas, 70,000 pegawai dikerahkan membanteras perusuh dan perompak.

Golongan muda di Perancis, yang telah berminggu-minggu berdemonstrasi untuk mendapatkan  kakitangan dan peralatan yang lebih baik di sekolah disertai kumpulan lain sejak pertengahan Oktober, memprotes terutamanya terhadap kos sara hidup yang tinggi.

Berikutan rusuhan besar di luar perhimpunan pada 17 Okt, Sabtu lalu, polis dapat menghalang sebahagian besar keganasan.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement