MOSCOW: Perbicaraan tuduhan pengintipan terhadap Evan Gershkovich, wartawan Wall Street Journal yang dipenjarakan di Rusia, memasuki fasa akhir pada Jumaat apabila mahkamah mula mendengar hujah penutup, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pendakwaan berpendapat bahawa tuduhan yang dibuat semasa prosiding tertutup, yang dijalankan di Yekaterinburg pada 26 Jun, telah terbukti tanpa keraguan.
Media Rusia melaporkan Gershkovich, 32, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan. Dia dan majikannya menafikan tuduhan itu.
Pejuang kebebasan akhbar, media di seluruh dunia dan kerajaan Amerika Syarikat (AS) turut mengutuk pendakwaan Rusia terhadap Gershkovich sebagai palsu dan menuntut pembebasannya.
Tidak jelas bila keputusan akan diumumkan, tetapi pemerhati mahkamah berkata keputusan bersalah - yang dianggap pasti - dan hukuman mungkin seawal Jumaat.
Seorang jurucakap mahkamah berkata pada Khamis, yang merupakan hari kedua perbicaraan, bahawa pembentangan keterangan pendakwaan dan keterangan saksi telah dijalankan dan dimuktamadkan.
Gershkovich ditangkap pada Mac 2023. Dia dituduh mengumpul maklumat mengenai kilang peralatan pertahanan Uralvagonzavod di Nizhny Tagil, yang terletak 130 kilometer ke utara Yekaterinburg, bagi pihak Agensi Perisikan Pusat AS (CIA).
Ketua Pengarang Wall Street Journal, Emma Tucker mengeluarkan kenyataan pada permulaan perbicaraan, menyifatkan prosiding di bandar Pergunungan Ural itu sebagai "memalukan dan tidak sah."
Seperti ramai wartawan Barat, Gershkovich bekerja dan melakukan penyelidikan di Rusia dengan akreditasi dari Kementerian Luar di Moscow.
Kremlin baru-baru ini berkata rundingan sedang dijalankan mengenai pertukaran tahanan Rusia yang ditahan di AS untuk kebebasan Gershkovich. Penahanan warga AS di Rusia sering membawa kepada rundingan yang rumit antara Moscow dan Washington.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Gershkovich ditangkap pada Mac 2023 dan dituduh mengumpul maklumat mengenai kilang peralatan pertahanan Uralvagonzavod di Nizhny Tagil. - AP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Rakyat AS ditahan di Rusia dibebas - Biden
Biden sifatkan ia sebahagian daripada pertukaran tahanan timur-barat terbesar sejak berakhirnya Perang Dingin.

Mahkamah Rusia jatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap wartawan WSJ Gershkovich
Evan Gershkovich didapati bersalah, dijatuhi hukuman penjara selama 16 tahun di koloni keselamatan tinggi, kata hakim.

Perbicaraan wartawan AS Evan Gershkovich di Rusia masuk fasa akhir
Pendakwaan berpendapat bahawa tuduhan yang dibuat semasa prosiding tertutup pada 26 Jun, telah terbukti tanpa keraguan.

Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip bermula 26 Jun
Pendengaran kes jenayah terhadap rakyat Amerika Syarikat (AS) Evan Gershkovich akan diadakan secara tertutup.

Moscow lanjutkan tempoh penahanan pemberita WSJ Gershkovich selama 3 bulan
Mahkamah daerah Lefortovo Moscow memutuskan untuk melanjutkan tahanan pra-perbicaraan selama tiga bulan lagi terhadap seorang wartawan Wall Street Journal Evan Gershkovich.

Wartawan Wall Street Journal Evan Gershkovich ditahan 'secara salah' di Rusia
Gershkovich yang bekerja untuk Wall Street Journal, ditahan kerana didakwa mengintip.