KUALA LUMPUR: Mahkamah Khas Mumbai hari ini menolak permohonan ikat jamin ke atas anak aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan, yang ketika ini ditahan di Penjara Arthur Road atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Dengan penolakan ikat jamin ini, Aryan Khan, 23, mungkin akan meraikan sambutan cuti umum Hari Deepavali di dalam tahanan.
Ini kerana mahkamah akan beristirehat panjang pada awal November bagi memberi laluan kepada sambutan perayaan tersebut.
Menurut laporan portal NDTV, peguam yang mewakili Aryan, Satish Maneshinde dan Amie Desai akan membawa permohonan ikat jamin tersebut ke Mahkamah Tinggi Mumbai.
Malah kedua-dua mereka dilaporkan akan terus mengemukakan hujah bahawa tiada penemuan sebarang jenis dadah pada anak guam mereka (Aryan) sewaktu serbuan diadakan di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.
Bagaimanapun, agensi anti dadah negara itu menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa Aryan berkemungkinan terlibat dengan sindiket kartel dadah antarabangsa.
Ini berdasarkan rekod perbualan menerusi aplikasi Whatsapp milik Aryan dengan anggota-anggota kartel tersebut.
BACA: Shah Rukh Khan rasa 'kecewa', tidak makan atau tidur sejak anaknya ditahan
BACA: Permohonan jaminan anak Shah Rukh Khan ditolak, Aryan dihantar ke Penjara Arthur
Pada 19 Oktober lalu, Peguamcara Negara, Anil Singh yang mewakili Biro Kawalan Narkotik India (NCB) menggesa agar kes tersebut disiasat secara lebih teliti kerana ia melibatkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia.
Malah dakwa Anil, prinsip tidak bersalah sehingga diakukan bersalah tidak terpakai di bawah Akta Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS).
Hal ini berikutan Aryan didakwa sudah lama menggunakan dadah kerana bukti yang dikemukakan menunjukkan bahawa dia merupakan pengguna bahan terlarang itu sejak beberapa tahun lalu.
Namun, di platform media sosial ramai yang beranggapan penolakan ikat jamin ini bersifat tidak adil selepas mengambil contoh kes-kes seumpamanya sebelum ini yang diberikan ikat jamin. Ada pula yang beranggapan kuantiti yang didakwa ditemui bersama Aryan sewaktu ditahan adalah kecil.
BACA: Keselamatan anak Shah Rukh Khan di penjara dipertingkat
BACA: Shah Rukh Khan lantik peguam baharu kendali kes anak
Terdahulu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober.
Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.
Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.
BACA: Jangan ada hidangan 'manisan' di rumah sehingga Aryan pulang, arah isteri Shah Rukh Khan
Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar.
Astro Awani
Wed Oct 20 2021
![Permohonan ikat jamin Aryan ditolak, anak Shah Rukh Khan sambut cuti umum dalam penjara Permohonan ikat jamin Aryan ditolak, anak Shah Rukh Khan sambut cuti umum dalam penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634729081_AryanKhanShahRuk.jpg)
Pada 19 Oktober lalu, Peguamcara Negara, Anil Singh yang mewakili Biro Kawalan Narkotik India menggesa agar kes tersebut disiasat secara lebih teliti kerana ia melibatkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia. - Foto AP
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Shah Rukh Khan didakwa beri 'duit kopi' RM13 juta gugur kes dadah anak Shah Rukh Khan didakwa beri 'duit kopi' RM13 juta gugur kes dadah anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684647063_AryanKhan.jpg)
Shah Rukh Khan didakwa beri 'duit kopi' RM13 juta gugur kes dadah anak
SRK dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.
![Muncul parti hari lahir berantai salib, netizen keliru apa agama Aryan Khan sebenarnya? Muncul parti hari lahir berantai salib, netizen keliru apa agama Aryan Khan sebenarnya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654392663_AryanKhan.jpg)
Muncul parti hari lahir berantai salib, netizen keliru apa agama Aryan Khan sebenarnya?
Sebelum ini, ibunya Gauri Khan memberitahu Aryan akan mengikut fahaman agama Shah Rukh Khan iaitu Islam.
![Selepas dua bulan 'berehat' tidak jaga berat badan, Shah Rukh Khan kembali ke gimnasium Selepas dua bulan 'berehat' tidak jaga berat badan, Shah Rukh Khan kembali ke gimnasium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/81518424783_ShahRukhKhan.jpg)
Selepas dua bulan 'berehat' tidak jaga berat badan, Shah Rukh Khan kembali ke gimnasium
Sejak beberapa bulan lalu, Shah Rukh Khan terlalu sibuk dengan proses undang-undang dan terpaksa melupakan komitmen profesionalnya.
![Shah Rukh Khan dinasihat saman Biro Kawalan Narkotik susulan tiada bukti anaknya terlibat dalam dadah Shah Rukh Khan dinasihat saman Biro Kawalan Narkotik susulan tiada bukti anaknya terlibat dalam dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635645306_aryankhan.jpg)
Shah Rukh Khan dinasihat saman Biro Kawalan Narkotik susulan tiada bukti anaknya terlibat dalam dadah
Pengarah NCB, Sameer Wankhede yang mengetuai kes dadah tersebut dijangka disaman oleh superstar Bollywood itu.
![Selepas anak ditahan kerana dadah, ini permintaan khas Shah Rukh Khan kepada syarikat produksi Selepas anak ditahan kerana dadah, ini permintaan khas Shah Rukh Khan kepada syarikat produksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41514040703_ShahRukhKhan.jpg)
Selepas anak ditahan kerana dadah, ini permintaan khas Shah Rukh Khan kepada syarikat produksi
Shah Rukh Khan minta kerjasama pihak produksi untuk menyusun jadual yang membolehkannya bertemu keluarga selang beberapa minggu untuk beberapa hari.
![Anak Shah Rukh Khan berubah jadi pendiam, antisosial selepas keluar penjara Anak Shah Rukh Khan berubah jadi pendiam, antisosial selepas keluar penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634729081_AryanKhanShahRuk.jpg)
Anak Shah Rukh Khan berubah jadi pendiam, antisosial selepas keluar penjara
Aryan Khan lebih banyak menyendiri dengan menghabiskan masa di bilik serta enggan bertemu rakan-rakannya.
![Ini 4 rutin baharu Shah Rukh Khan, Gauri selepas Aryan Khan bebas penjara Ini 4 rutin baharu Shah Rukh Khan, Gauri selepas Aryan Khan bebas penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635645306_aryankhan.jpg)
Ini 4 rutin baharu Shah Rukh Khan, Gauri selepas Aryan Khan bebas penjara
Bagi Shah Rukh dan isteri, Gauri Khan, mereka bakal melakukan beberapa perkara ini kepada Aryan kelak.
![Anak Shah Rukh Khan kembali ke rumah, sambutan meriah rai kepulangan Aryan Anak Shah Rukh Khan kembali ke rumah, sambutan meriah rai kepulangan Aryan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635579857_TBARYANKHAN.jpg)
Anak Shah Rukh Khan kembali ke rumah, sambutan meriah rai kepulangan Aryan
Pelakon terkenal yang juga rakan terdekat keluarga Shah Rukh Khan, Juhi Chawla dilaporkan menjadi penjamin bagi pembebasan Aryan Khan.
![Air mata Shah Rukh Khan tumpah akhirnya, 25 hari menanti dalam debaran Air mata Shah Rukh Khan tumpah akhirnya, 25 hari menanti dalam debaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/81518424702_950x600.jpg)
Air mata Shah Rukh Khan tumpah akhirnya, 25 hari menanti dalam debaran
Hero Bollywood itu menitiskan air mata kegembiraan selepas mahkamah membenarkan permohonan ikat jamin terhadap anaknya, Aryan Khan.
![Mahkamah benar anak Shah Rukh Khan diikat jamin Mahkamah benar anak Shah Rukh Khan diikat jamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634729081_AryanKhanShahRuk.jpg)
Mahkamah benar anak Shah Rukh Khan diikat jamin
Aryan ditahan dalam keadaan penuh kontroversi bersama beberapa lagi orang oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) di Mumbai pada awal bulan ini.