Skip to main content

Dunia

Hutang punca bekas ahli parlimen Thailand tembak mati rakan baik

Former lawmaker Chalong Riewrang reacts as he is questioned by police officers after he allegedly shot and killed Thongchai Yenprasert, president of the Nonthaburi Provincial Administrative Organisation, in Nonthaburi province, on the outskirts of Bangkok, Thailand, August 10, 2026. REUTERS/Arnun Chonmahatrakool TPX IMAGES OF THE DAY
Suspek, bekas Ahli Parlimen Thailand Chalong Riewrang, ditahan polis sejurus selepas kejadian yang berlaku di luar bangunan pejabat pentadbiran wilayah berkenaan. -Foto Reuters
Advertisement

BANGKOK: Kes tembakan yang meragut nyawa seorang pegawai kanan kerajaan tempatan di wilayah Nonthaburi pada Isnin dipercayai berpunca daripada pertikaian kewangan di antara mangsa dan suspek.

Mangsa, Thongchai Yenprasert yang merupakan Presiden Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Nonthaburi, disahkan meninggal dunia di hospital selepas cedera parah akibat ditembak beberapa kali.

Suspek, bekas Ahli Parlimen Thailand Chalong Riewrang, ditahan polis sejurus selepas kejadian yang berlaku di luar bangunan pejabat pentadbiran wilayah berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek didakwa melepaskan tembakan selepas berlaku pertikaian kewangan yang berlarutan dengan mangsa, yang turut disifatkannya sebagai seorang rakan baik.

Pihak berkuasa tempatan turut memperketat kawalan keselamatan memandangkan insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas tragedi tembakan di sebuah sekolah dalam wilayah sama yang mengorbankan sembilan nyawa.

Kes itu kini dalam siasatan pihak polis, manakala pemandu mangsa yang cedera dalam serangan berkenaan masih menerima rawatan di hospital.

 

 

Must Watch Video

Advertisement